Kenapa Malaysia Sekadar Bertemu Kelab Tempatan Untuk Aksi Persahabatan?

Malaysia dilaporkan bakal bertemu kelab tempatan sahaja untuk mengharungi aksi persahabatan sebagai medan persiapan sebelum menghadapi aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Malaysia terdahulu dijadualkan bakal berdepan Kyrgyzstan pada 6 Jun ini di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebelum melayan kunjungan Taiwan dalam aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Nasional, Bukit Jalil, lima hari kemudian untuk menentukan jika mereka mampu atau tidak melangkah ke pusingan seterusnya.

Selepas merekodkan dua keputusan negatif sewaktu menentang Oman, Harimau Malaya kini tidak boleh keciciran sebarang mata jika ingin menghidupkan peluang untuk merebut slot ke saingan Piala Asia 2027.

Walaupun begitu, persiapan yang bakal dibuat mereka kini dilihat sedikit aneh apabila Malaysia hanya akan menentang dua kelab tempatan sahaja sebagai medan persiapan.

Ketika ini, beberapa kritikan serta luahan tidak puas hati timbul dalam kalangan peminat yang mempertikaikan apa telah dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada pasukan kebangsaan.

Walaupun begitu, ada alasan kukuh mengapa hanya pasukan tempatan sahaja menjadi pilihan negara untuk aksi persahabatan selepas FAM telah pun menyatakan punca sebenar.

Menurut Datuk Noor Azman Rahman  selaku Setiausaha Agung FAM, beliau menyatakan Malaysia tidak dapat bertemu pasukan kebangsaan luar negara pada masa terdekat kerana ketika ini situasi semasa menyaksikan ia berada di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Disebabkan kekangan masa itu, FAM terpaksa memilih kelab tempatan sebagai lawan skuad kendalian Kim Pan-gon dalam usaha mereka untuk membuat persediaan lebih rapi.

“Kalau boleh memang kita mahu skuad Harimau Malaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lebih kuat supaya lebih bersedia bertemu Kyrgyzstan.

“Semua pasukan negara lain tidak boleh mengadakan perlawanan persahabatan. Oleh itu, pasukan negara hanya akan mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan tempatan untuk Pan Gon menguji pemain,” kata beliau menerusi laporan Berita Harian.

Melihat kepad persiapan semasa pasukan kebangsaan, jelas ada logiknya mengapa para penyokong setia negara wajar gusar akan prestasi mampu diterjemahkan mereka ketika bertemu Kyrgyzstan serta Taiwan.

Apatah lagi beberapa tonggak utama negara juga tidak dapat beraksi seperti Faisal Halim serta Arif Aiman yang pastinya rombakan segera wajar dibuat oleh Kim serta para kejurulatihan lain.

Malah, penyerang Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Syafiq Ahmad juga telah pun digugurkan semalam daripada menyertai kem kebangsaan kerana mengalami kecederaan.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN