Harapan untuk para penyokong setia Terengganu melihat bintang baharu mereka iaitu Liridon Krasniqi tidak akan kesampaian pada perlawanan pembukaan iaitu saingan Piala Sumbangsih pada 24 Februari ini.
Dalam aksi yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu, Terengganu bakal berhadapan tugas getir pertama mereka untuk bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang boleh dikatakan kini berada dalam keadaan sangat terbaik.
Selamat Datang Liridon Krasniqi! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/VqivcN5K1S
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) February 12, 2023
Menerusi rombakan yang dibuat Terengganu pada penghujung musim lalu, skuad tersebut kini dikendalikan oleh Tomislav Steinbruckner bersama beberapa muka baharu turut menyertai mereka.
Liridon antara wajah baharu yang menyertai Terengganu dan sudah pun bersama pasukan tersebut sejak aksi pramusim mereka di Thailand untuk menghadapi beberapa perlawanan.
Namun kelibat pemain naturalisasi itu untuk bermain pada perlawanan pertama tidak kesampaian dan ianya telah pun disahkan sendiri menerusi Steinbruckner.
Menurut pengendali dari Croatia itu, Liridon tidak dapat dibawa turun beraksi menentang JDT kerana terikat dengan kontrak pinjaman membabitkan kedua pasukan tersebut.
Walaupun begitu, beliau mempunyai perancangan tersendiri untuk berhadapan JDT dan perkara tersebut dilihat tidak melemahkan dirinya untuk mencipta sesuatu di SSI.
“Sudah tentu kami gembira Liridon dapat bermain sebagai pemain tengah untuk memperbaiki bahagian pertahanan kami tetapi dia tidak boleh bermain dalam Piala Sumbangsih kerana semuanya tercatat dalam kontrak antara TFC dan JDT.
“Saya telah menyediakan sesuatu yang berbeza untuk menentang JDT. Harap ia akan berjaya dan kami akan dapat kemenangan pertama dalam Liga Malaysia,” katanya menerusi Harian Metro.
Liridon Krasniqi: Steinbruckner Bina Terengganu Baharu Disekelilingnya?https://t.co/tWB9nOZX0i
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 14, 2023
Pada masa sama, kepincangan mula dapat dilihat dalam kem Terengganu untuk aksi pertama mereka, setelah beberapa lagi pemain turut tidak dapat beraksi atas faktor kecederaan.
Paling terkesan, pasukan tersebut sah kehilangan khidmat tonggak import mereka iaitu Habib Haroon, selepas pemain itu disahkan mengalami kecederaan yang memaksa beliau berehat selama tiga minggu.
Pemain lincah Terengganu iaitu Faiz Nasir turut tidak dapat dibawa turun pada perlawanan pertama mereka disebabkan beliau masih lagi belum cergas sepenuhnya.
“Habib mengalami kecederaan sejak perlawanan pramusim di Thailand minggu lepas dan Faiz pula baru sahaja menyertai latihan selepas berehat panjang kerana masalah kesihatan dan keluarga.
Karier Liridon Krasniqi sejak 2015:
2015-2019 – Kedah
2019 – Melaka United
2020 – Johor Darul Ta'zim
2021 – Newcastle Jets 🇦🇺 (pinjaman)
2021-2022 – Odisha 🇮🇳 (pinjaman)
2022-2023 – Khon Kaen United 🇹🇭 (pinjaman)
2023 – Terengganu (pinjaman)#LigaSuper2023 pic.twitter.com/LIT6qtRF3f— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 12, 2023
“Penjaga gol, Suhaimi (Suhaimi Husin) dan Abe (Rahadiazli Rahalim) adalah pilihan pertama kerana mereka berpengalaman dan prestasi,” katanya.