Kenapa Liga Perancis, Ligue 1 Digelar Sebagai Liga Petani?

Selama bertahun-tahun, liga Perancis Ligue 1 kerap dicop sebagai liga petani (farmers league dalam bahasa Inggeris) oleh peminat bola sepak dunia. Ini kerana Ligue 1 sering dikuasai oleh sebuah pasukan kaya yang menjadi juara liga pada setiap tahun tanpa gagal.

Dalam kes Ligue 1, pasukan kaya tersebut adalah PSG. Pasukan yang dibiayai oleh Qatar Sports Investment ini telah menjuarai tujuh gelaran Ligue 1, enam gelaran Coupe de Ligue dan lima gelaran Coupe de France dalam masa lapan tahun sejak musim 2012/2013.

PARIS, FRANCE – JULY 31: Paris Saint-Germain players raise the Trophy after winning the French League Cup ( Coupe de France) final match against Olympique Lyonnais after the penalty kick session at Stade de France on July 31, 2020 in Paris, France. (Photo by Aurelien Meunier – PSG/PSG via Getty Images)

Persoalannya sekarang – kenapa Ligue 1 dipanggil sebagai liga petani? Kenapa petani? Dalam artikel ini kami akan menjelaskannya.

Kenapa Ligue 1 dipanggil sebagai liga petani?

Sebagaimana yang anda tahu dalam bola sepak Eropah, lima liga bola sepak paling utama di Eropah adalah Premier League, La Liga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1.

Daripada lima liga ini, Ligue 1 paling kerap dipanggil sebagai liga petani. Kadangkala, Bundesliga juga ada dipanggil sebagai liga petani kerana kekerapan Bayern Munich menjuarai liga. Begitu juga dengan Serie A yang kerap dijuarai oleh Juventus.

Tetapi berbeza dengan Ligue 1, setidak-tidaknya Bundesliga dan Serie A mempunyai pasukan-pasukan yang mampu memberikan saingan sengit kepada juara liga mereka.

Bundesliga seperti contoh, mempunyai Borussia Dortmund, RB Leipzig, Borussia Monchengladbach dan Bayer Leverkusen yang mampu memberi saingan kepada Bayern Munich.

Erling Haaland
BREMEN, GERMANY – FEBRUARY 22: (BILD ZEITUNG OUT) Erling Haaland of Borussia Dortmund celebrates after scoring his team’s second goal during the Bundesliga match between SV Werder Bremen and Borussia Dortmund at Wohninvest Weserstadion on February 22, 2020 in Bremen, Germany. (Photo by Max Maiwald/DeFodi Images via Getty Images)

Serie A pula mempunyai Inter Milan, AS Roma, Napoli dan kebelakangan ini Atalanta (gambar bawah) dan Lazio untuk memberikan saingan kepada Juventus.

Tetapi Ligue 1 pula lain ceritanya. Hanya Marseille dan Lyon yang boleh memberikan barisan bintang PSG sedikit peluh. AS Monaco pula semakin merosot apabila bintang-bintang mereka kerap dijual.

Sebab itulah terma ‘liga petani’ ini digunakan untuk merujuk kepada Ligue 1. Ia digunakan untuk mengejek kualiti Ligue 1. Seolah-olah Ligue 1 dianggotai oleh pasukan yang pemainnya bekerja sebagai petani pada siang hari dan bermain bola pada waktu malam.

Dalam erti kata lain, ejekan liga petani ini umpama ejekan ‘liga kampung’ yang digunakan oleh kita di Malaysia.

Terma ‘liga petani’ juga digunakan untuk merujuk kepada fakta pemain-pemain bintang Ligue 1 yang banyak meninggalkan liga mereka untuk bermain di liga-liga terkemuka lain seperti Premier League. S

Sebagai contoh, Eden Hazard pernah meninggalkan Lille pada tahun 2012 untuk berhijrah ke Chelsea. Riyad Mahrez dan N’Golo Kante pula menyertai Leicester. Anthony Martial pula meninggalkan Monaco untuk menyertai Manchester United. Alexandre Lacazette, Matteo Guendouzi dan Nicolas Pepe pula menyertai Arsenal.

LILLE, FRANCE – APRIL 14: Kylian Mbappe #7 of Paris Saint-Germain is disapointed after the goal of Nicolas Pepe #19 of Lille LOSC during the Ligue 1 match between Lille OSC and Paris Saint-Germain (PSG) at Stade Pierre Mauroy on April 14, 2019 in Lille, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Status Ligue 1 sebagai liga petani turut diperkuatkan lagi dengan fakta persembahan pasukan Ligue 1 – kecuali PSG – yang gagal menjadi kompetitif di Champions League. Kali terakhir pasukan Ligue 1 berada dalam final Champions League adalah pada tahun 2004 ketika Monaco tewas 0-3 kepada Porto.

Marseille yang melangkah ke final Europa League pada tahun 2018 pula tewas 0-3 kepada wakil La Liga, Atletico Madrid.

Malah PSG yang dominan di Ligue 1 juga tidak pernah melepasi peringkat suku akhir Champions League sejak musim 2012/2013.

Bagaimanapun syukur buat warga peminat Ligue 1, trend itu berubah pada tahun 2020 apabila dua wakil mereka – PSG dan Lyon – berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Champions League.

Kejayaan PSG dan Lyon ini turut disambut gembira oleh Kylian Mbappe dan Lyon sendiri menerusi ciapan mereka di Twitter:

Jadi itulah dia penjelasan mengapa Ligue 1 dipanggil sebagai liga petani.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN