Kenapa Kualiti Fitri Maskon Selaku Pengadil Terima Kecaman Teruk Oleh Peminat?

Secara tiba-tiba nama pengadil tempatan iaitu Fitri Maskon begitu meriah di media sosial selepas beliau mendapat kecaman teruk kerana kualiti kerjanya sewaktu mengadili aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu.

Menerusi pengamatan kami di media sosial Malaysia Football League (MFL) rata-rata peminat bola sepak tempatan jelas tidak berpuas hati akan kualiti pengadilan oleh Fitri Maskon.

Ini kerana, Fitri telah pun melayangkan kad merah yang dianggap tidak wajar kepada bintang muda Terengganu iaitu Ubaidullah Shamsul Fazili pada minit ke-31 atas kekasaran dilakukan beliau buat Bergson da Silva.

Pada pandangan peminat serta pengulas siaran langsung tersebut, tindakan Fitri dianggap tidak logik kerana sentuhan Ubaidullah kepada Bergson terlalu lembut sambil bersetuju hanya tendangan penalti sahaja perlu diberikan buat JDT.

Walaupun memiliki Video Assistant Referee (VAR) pada aksi tersebut, penyokong jelas masih lagi mempertikaikan tindakan Fitri pada babak tersebut sehingga memberi kekurangan buat Sang Penyu yang beraksi 10 pemain sahaja.

“sebagai fans JDT…Red card tu tk sepatutnya…tk logik dpt redcard….agak-agak lah…cane reff tu leh dpt lesen…,” komen Haikal Idzuddin di ruangan komen.

“Pebende la reff smpai bg kad merah. Tgok var pakai mata, bkn pakai hidung. Habis la jdt kena kecam smpai habis musim. Ala balerrr,” ulas Syuhada Md Yusoff.

“Refree ni kena ramai2 bawak p kursus. Dalam kotak bila dah beri penalti, kad kuning sahaja hukuman nya. Luar kotak, last man dan bola arah gol , kad merah akan dikeluarkan.

“1 lagi, cuba amek masa yang paling cepat utk review VAR tu, sangat sangat lambat dan mengganggu rentak game. Untuk review red card macam tu pon, sampai 5 minit amek masa. Sangat bermasalah sistem refree ni,” cadang Asmadi Zamsari pula.

“gap kualiti yg msh sgt jauh antara tranung ngan jdt, so klh mmg xdok alasanlah, tp kad merah tu pehallah kalu gtu apa guna var kalau tenung lama2 last2 keputusan plk jgk yg dibuat,” kata Hisyam Harun.

“Sbgai pnyokong jdt..aku tak stuju kptsan pngadil..soft tackle,n kslahan prtma..penalti sdah memadai..game tgh syok..trus jdi xsyok tgk..,” terang Epul Timur.

Pada aksi tersebut, JDT berjaya meraih kemenangan seterusnya menerusi keputusan 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi mengatasi cabaran daripada pasukan pelawat.

Empat gol tersebut terhasil melalui ledakan hatrik daripada Bergson serta satu jaringan tunggal melalui Heberty Fernandes.

Apa pula pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN