Kenapa kebanyakan Pemain Brazil Gemar Gunakan Nama Pendek?

Para peminat tentu saja perasan yang kebanyakan pemain Brazil sebenarnya suka menggunakan nama pendek walaupun nama sebenar mereka sangat panjang.

Sebenarnya ada beberapa alasan tentang mengapa kebanyakan pemain-pemain dari Brazil lebih suka menggunakan nama yang pendek berbanding nama panjang mereka.

Ronaldo, Neymar, Kaka, Casemiro, Pele dan ramai lagi pemain handalan dari Brazil lebih sering menggunakan satu nama sahaja dari keseluruhan nama mereka yang panjang itu.

Nama sebenar Neymar adalah Neymar da Silva Santos Junior, sementara Kaka pula, nama sebenar beliau adalah Ricardo Izecson Dos Santos Leite.

Rata-rata pemain bola sepak dari seluruh dunia ini lebih sering menggunakan nama pertama mereka dan nama keluarga mereka.

Walau bagaimanapun, sebilangan besar pemain dari Brazil pula, mereka lebih sering menggunakan satu nama sahaja daripada keseluruhan nama mereka itu.

Apa sebenarnya yang menyebabkan mereka memilih untuk memakai satu nama sahaja berbanding nama lebih panjang?

Tiada alasan yang spesifik atau tiada budaya tertentu sebalik keputusan para pemain dari Brazil memakai nama pendek sepanjang karier mereka, namun kebanyakan dari mereka melakukan hal tersebut.

Lihat saja nama bintang Sensasi Brazil, Hulk, nama sebenar beliau adalah Givanildo Vieira de Sousa dan beliau hanya dikenali dengan nama gelarannya itu sahaja.

Hulk sendiri sebelum ini pernah mendedahkan kepada Tribal Football tentang namanya dengan beliau ketika itu menyatakan bahawa:

“Nama gelaran ini telah diberikan kepada saya ketika saya masih kanak-kanak. Saya suka karakter dalam komik kanak-kanak dan ketika saya mula bermain, ayah saya pernah kata pada saya, ‘Ayuh Hulk ‘. Sejak dari itu saya kekal dengan nama itu.”

Wartawan, Alex Bellos turut pernah menulis dalam bukunya, Futebol: The Brazilian Way of Life dengan menyatakan:

“Bola sepak Brazil merupakan satu iklan antarabangsa tentang keharmonian dan kemesraan kehidupan di Brazil kerana nama pemain-pemain mereka.”

“Memanggil seseorang dengan nama pertama mereka sebenarnya lebih merosakkan keintiman sesebuah hubungan. Memanggil seseorang dengan nama panggilan mereka sebenarnya lebih mesra.”

Lyris Wiedemann yang bekerja sebagai juru bahasa Portuguese di California Stanford University turut pernah mendedahkan bahawa:

“Kami tidak menggunakan nama terakhir.”

“Ia mencerminkan sifat dalam sesebuah budaya yang lebih dihargai. Kita menghargai orang itu, dan orang itu bukan bawa nama keluarga, mereka bawa nama sendiri.”

Hal ini sudah berlaku sejak sekian lama dahulu lagi sebenarnya, dengan legenda terhebat sepanjang zaman Brazil, Pele juga lebih dikenali dengan nama gelaran beliau sahaja.

Nama sebenar mendiang Pele adalah Edson Arantes do Nascimento dan boleh dikatakan seluruh dunia lebih mengenali beliau dengan gelaran Pele sahaja.

Selain bintang-bintang dari Brazil, ada juga pemain dari negara lain yang tidak mahu menggunakan nama keluarga mereka.

Rata-rata pemain yang tidak mahu menggunakan nama keluarga mereka adalah kerana mereka ada masalah dengan keluarga sendiri.

Virgil Van Dijk dan Memphis Depay antara pemain yang tidak mahu membawa nama keluarga masing-masing kerana mereka mempunyai masalah keluarga.

Tentu ada peminat yang tak tahu nama sebenar pemain-pemain yang disebutkan di atas bukan? Kerana memang mereka sendiri lebih gembira dikenali dengan nama gelaran tersebut.

Namun begitu, ada juga pemain-pemain ternama dari Brazil yang menggunakan nama panjang mereka berbanding nama pendek atau nama gelaran.

Siapa nama pemain Brazil yang kalian baru tahu itu bukan nama sebenar mereka? Tuliskan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN