Kenapa KDN Tetap Tampil Positif Walau Teruk ‘Dibelasah’ JDT?

Kelantan Darul Naim (KDN) tetap tampil dengan perasaan cukup positif walaupun mereka mencatat kekalahan sangat teruk di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi keputusan penuh 1-6 semalam.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor, KDN tampil dengan sisi kelainan tersendiri untuk menurunkan ramai muka-muka baharu bagi menghadapi cabaran JDT.

Walaupun begitu, tiada sebarang perubahan ketara ditampilkan dengan skuad kendalian Park Jaehong ditekan secara bertali arus sepanjang aksi berlangsung serta gagal untuk menguasai permainan lebih lama.

Menerusi perkongsian media rasmi KDN, pembantu jurulatih iaitu Rezal Zambery Yahya mengakui banyak aspek positif diperoleh pasukan tersebut biarpun mencipta kekalahan besar.

“Penolong ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya dalam sidang media selepas perlawanan menegaskan perubahan positif terutamanya kehadiran pemain baharu banyak mengubah corak permainan Sang Kijang Emas.

“Katanya, peluang beraksi diberikan kepada pemain yang direkrut masuk menyaksikan perancangan mereka menjadi pada 45 minit babak pertama namun akibat sering menerima asakan dan serangan menyebabkan pemain mula hilang fokus sehingga melepaskan 6 gol kepada JDT,” jelas laman berkenaan.

Persoalan ingin ditimbulkan kami adalah sampai bila KDN perlu konsisten positif dengan hanya melihat pada peningkatan daripada segi aspek corak permainan?

Jika dilihat Kuching City yang turut memasuki musim kedua di pentas Liga Super seperti KDN, mereka kini jauh meninggalkan pasukan tersebut daripada segi aspek permainan serta keputusan dihasilkan.

Menerusi statistik semasa, mereka kekal menghuni kedudukan terakhir carta Liga Super dengan merekodkan satu kemenangan serta sembilan kekalahan daripada 10 aksi terlibat.

Kali terakhir KDN memperoleh kemenangan ialah pada 23 Jun lalu sebelum episod kekalahan kekal menjadi rutin pasukan itu dalam setiap perlawanan dihadapi.

Bukan hanya menilai pada aksi semalam sahaja kerana rata-rata mengetahui jurang kualiti permainan JDT jika dibandingkan kelab-kelab lain di Malaysia kini.

Persoalannya, kenapa KDN masih gagal untuk menterjemahkan keputusan lebih positif waima seri sehingga hanya mampu mengutip tiga mata sahaja?

Menerusi pemain ditandatangani pula, pasukan ini sebenarnya telah mendapatkan beberapa tonggak import bersama latar belakang menyakinkan seperti Oday Kharoub, Layth Kharoub dan Michal Jerabek untuk menjadi kunci kekuatan kelab.

Hasil tinjauan di media sosial, rata-rata kurang berpuas hati akan para kejurulatihan kelab tersebut seperti Park Jaehong serta Rezal yang dianggap kurang menyakinkan untuk menggerakan taktikal positif pasukan.

Sebolehnya, KDN kini tidak perlu terus berpuas hati dan positif dengan bertujuan untuk menggembirakan hati para peminat, sedangkan hakikatnya statistik semasa mereka masih teruk jika dibandingkan Kelantan The Red Warriors (TRW) musim lalu yang sekurangnya meraih dua kemenangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN