Twitter Reacts: Kenapa Prestasi Pasukan Jerman Kali Ini ‘Level Sayur’

Kempen Piala Dunia kini telah tiba ke pusingan kalah mati. Separuh dari 32 pasukan yang bermain di kejohanan ini kini telah berkemas dan pulang ke tanah air masing-masing kerana gagal mara ke pusingan kalah mati.

Banyak kejutan yang berlaku dalam saingan kumpulan. Namun, perkara yang paling mengejutkan dalam saingan peringkat kumpulan adalah tersingkirnya juara Piala Dunia edisi lalu, Jerman.

Lebih teruk, Jerman bukan sahaja kalah kepada pasukan yang dianggap pasukan belasahan Piala Dunia, Korea Selatan, malah mereka terperosok di tangga kumpulan selepas wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.

Penyingkiran pasukan Die Mannshaft bukan sahaja membuatkan bandar Munich bergelap, malah akhbar-akhbar UK juga lantang mengkritik prestasi mereka dengan mengeluarkan artikel-artikel dengan sindiran pedas.

“Gunting keratan akhbar ini dan simpan untuk buatkan anda tersenyum tatkala anda berduka”

‘Twitter Reacts’ dari followers SemuanyaBOLA

Di Twitter SemuanyaBOLA, kami telah mengadakan survey untuk mengetahui apakah pendapat followers kami tentang kemerosotan prestasi pasukan gergasi yang sarat dengan bintang-bintang bola sepak itu.

Berikut adalah 15 pendapat paling popular mengenai persoalan yang kami lontarkan ini.

  1. Sebab pasukan bergantung kepada ‘kuda tua’

https://twitter.com/InikanBola/status/1012264014355705856

2. Salah taktikal Low; tiada raumdeuter

3. Tiada penyerang berbisa dalam skuad Jerman

https://twitter.com/BolaEropah/status/1012275244197806080

4. Salah pilih pemain oleh Joachim Low

https://twitter.com/hsnlhdzry/status/1012254114632294400

5. Ozil tak salah; malah cemerlang

https://twitter.com/MifdhalAkmal/status/1012313181715218432

6. Pemilihan “penyudah” yang salah.

7. Salah keeper.

8. Kurang semangat patriotisma dalam kalangan pemain Jerman

9. Sebab takdir

10. Jerman terlalu yakin, yang akhirnya memakan diri

11. Sumpahan + over confident + ayam

12. Sebab pemain Jerman ‘berK-Pop’ sebelum lawan Korea Selatan

13. Tiada ‘leadership‘ dalam pasukan

14. Tiada teknik ‘korek dan cium’ dari Joachim Low

15. Sebab tiada ‘Leroy Sane’

https://twitter.com/ariffnajmiii/status/1012256399861022722

Dalam satu temubual, Matt Hummels sendiri menyatakan bahawa pasukan mereka terlalu ghairah mencari gol sehingga ‘terlupa’ yang pasukan mereka perlu bertahan.

Mungkin ada benarnya. Gol kedua Korea pada malam itu juga adalah klasik kerana penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer juga naik ke atas sewaktu sepakan penjuru minit-minit akhir perlawanan untuk menjaringkan gol penyamaan, namun memakan diri.

Penutup

Pesan kami kepada semua penyokong Jerman, jangan bersedih dengan penyingkiran ini. Sudah menjadi adat bola sepak, ada kalah ada yang menang.

Apa yang lebih penting adalah kita ‘enjoy‘ tengok Piala Dunia ini sama-sama kerana banyak kejutan-kejutan menarik berlaku sepanjang perlawanan peringkat kumpulan.

Tak perlulah melebih-lebih dalam membuat banter atau troll kepada rakan-rakan anda yang menyokong skuad bekas juara Piala Dunia ini, okay?

Anda ada pandangan tersendiri kenapa pasukan Jerman balik awal? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN