Kempen Piala Dunia kini telah tiba ke pusingan kalah mati. Separuh dari 32 pasukan yang bermain di kejohanan ini kini telah berkemas dan pulang ke tanah air masing-masing kerana gagal mara ke pusingan kalah mati.
Banyak kejutan yang berlaku dalam saingan kumpulan. Namun, perkara yang paling mengejutkan dalam saingan peringkat kumpulan adalah tersingkirnya juara Piala Dunia edisi lalu, Jerman.
Lebih teruk, Jerman bukan sahaja kalah kepada pasukan yang dianggap pasukan belasahan Piala Dunia, Korea Selatan, malah mereka terperosok di tangga kumpulan selepas wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.
Penyingkiran pasukan Die Mannshaft bukan sahaja membuatkan bandar Munich bergelap, malah akhbar-akhbar UK juga lantang mengkritik prestasi mereka dengan mengeluarkan artikel-artikel dengan sindiran pedas.
‘Twitter Reacts’ dari followers SemuanyaBOLA
Di Twitter SemuanyaBOLA, kami telah mengadakan survey untuk mengetahui apakah pendapat followers kami tentang kemerosotan prestasi pasukan gergasi yang sarat dengan bintang-bintang bola sepak itu.
Kenapa prestasi team Jerman teruk, mengalahkan team sayur biarpun dibarisi pemain berpengalaman dan bintang-bintang?
15 tweet replies paling popular akan kami masukkan dalam artikel baru kami. GO!#SemuanyaBOLA #FanReacts pic.twitter.com/8XHlv30B93
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 28, 2018
Berikut adalah 15 pendapat paling popular mengenai persoalan yang kami lontarkan ini.
- Sebab pasukan bergantung kepada ‘kuda tua’
https://twitter.com/InikanBola/status/1012264014355705856
2. Salah taktikal Low; tiada raumdeuter
The end of raumdeuter.
Impak Muller dalam pasukan German sebelum ini sangat besar sebab roles dia sebagai "interpreter of space". Tapi sekarang gagal di utilize dengan berkesan, waima sebab dia dah tak efektif lagi atau team lain sendiri yang dah boleh neutralize dia.
— Adri (@adrizamri) June 28, 2018
3. Tiada penyerang berbisa dalam skuad Jerman
https://twitter.com/BolaEropah/status/1012275244197806080
4. Salah pilih pemain oleh Joachim Low
https://twitter.com/hsnlhdzry/status/1012254114632294400
5. Ozil tak salah; malah cemerlang
https://twitter.com/MifdhalAkmal/status/1012313181715218432
6. Pemilihan “penyudah” yang salah.
Sebab Germany tukar sistem penyerang tulen/'targetman' (Gomez) kepada penyerang pantas (Werner) yang nyata world cup kali ini tiada ruang untuk berlari.
France kini sedar & tukar dari Mbappe (pantas) kepada Giroud (tulen) sebagai sasaran utama untuk memulakan serangan.— Azfar Ridhwan (@AzfarRidhwan) June 28, 2018
7. Salah keeper.
Ter stergen is better than neuer – Oliver Khan
— Muhammad Irfan (@irfnmusa) June 28, 2018
8. Kurang semangat patriotisma dalam kalangan pemain Jerman
Team sayur yang lain bermain dengan lambang di dada, bukan dengan nama di belakang.
— AF 🏴 (@azizul_megu) June 28, 2018
9. Sebab takdir
Tuhan dah tentukan
— nesjp (@ziqehan) June 28, 2018
10. Jerman terlalu yakin, yang akhirnya memakan diri
Mungkin terlalu yakin kerana berada dalam kumpulan yang dianggap mudah.
— ²⁷ (@WanXMina) June 28, 2018
11. Sumpahan + over confident + ayam
Sudah dibuktikn melalui sejarah dlm bbrapa edisi WC kbelakangan ini sjak 2002 bhw champion akn "bungkus" awal dlm group stage utk next WC.bkn dsbbkn "curse" tp sbb mentaliti player abad 21 yg lemah dn merasa over confident dimna mreka merasakn team lain mudah dikalahkn dn ayam
— Alwan (@alwan_kaker) June 28, 2018
12. Sebab pemain Jerman ‘berK-Pop’ sebelum lawan Korea Selatan
Satu sebab kena sumpahan "Champion" yang akan terkandas di peringkat kumpulan.
Lagi satu sebab players Germany dah kena tsunami KPop. Ni mesti malam sebelum match duk layan KDrama dan lagu KPop ni. Kah!
— nuar 🇲🇾 (@penaberkala) June 28, 2018
13. Tiada ‘leadership‘ dalam pasukan
Kurangnya leadership dalam pasukan. Tak nampak player yang bebetul desire nak menang. Terlalu selesa dgn gelaran 'juara bertahan'.
— NΔZIF (@Nazif11__) June 28, 2018
14. Tiada teknik ‘korek dan cium’ dari Joachim Low
Joachim Low tak keluar teknik bau dan cium
— Szobonzlai (@hklder) June 28, 2018
15. Sebab tiada ‘Leroy Sane’
https://twitter.com/ariffnajmiii/status/1012256399861022722
Dalam satu temubual, Matt Hummels sendiri menyatakan bahawa pasukan mereka terlalu ghairah mencari gol sehingga ‘terlupa’ yang pasukan mereka perlu bertahan.
Mungkin ada benarnya. Gol kedua Korea pada malam itu juga adalah klasik kerana penjaga gawang Jerman, Manuel Neuer juga naik ke atas sewaktu sepakan penjuru minit-minit akhir perlawanan untuk menjaringkan gol penyamaan, namun memakan diri.
Penutup
Pesan kami kepada semua penyokong Jerman, jangan bersedih dengan penyingkiran ini. Sudah menjadi adat bola sepak, ada kalah ada yang menang.
Terima kasih kerana prihatin terhadap saya 😊 https://t.co/JyAhajizNU
— Maya Karin (@maya_karin) June 27, 2018
Apa yang lebih penting adalah kita ‘enjoy‘ tengok Piala Dunia ini sama-sama kerana banyak kejutan-kejutan menarik berlaku sepanjang perlawanan peringkat kumpulan.
Tak perlulah melebih-lebih dalam membuat banter atau troll kepada rakan-rakan anda yang menyokong skuad bekas juara Piala Dunia ini, okay?
Anda ada pandangan tersendiri kenapa pasukan Jerman balik awal? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.