Kenapa Harimau Malaya Perlu Beri Perhatian Kepada Amirbek Juraboev?

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Harimau Malaya bakal memulakan aksi terakhir mereka dalam saingan Pestabola Merdeka 2023 malam ini dengan membuat pertaruhan seterusnya bertemu Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Untuk rekod, skuad kebangsaan pernah berhadapan Tajikistan pada tahun lalu dalam saingan King’s Cup di Chiang Mai, Thailand menerusi kekalahan dilakar skuad Kim Pan-gon pada penentuan sepakan penalti.

Daripada segi ranking, ianya memihak kepada Tajikistan selepas negara tersebut berada di tangga ke-110 dunia jika dibandingkan Malaysia pada kedudukan ke-134 kini.

Antara perkara menarik mengenai perlawanan malam esok terarah kepada salah seorang pemain Tajikistan yang kini beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bersama Kedah Darul Aman (Kedah), Amirbek Juraboev.

Amirbek menyertai Sang Kenari pada awal musim 2023 dalam usaha pasukan tersebut untuk tampil lebih cemerlang berbanding sebelum itu bawah kendalian jurulatih baharu mereka, Nafuzi Zain.

Reputasi Amirbek bersama Kedah musim ini boleh dianggap cukup menyerlah selepas pemain kebangsaan Tajikistan itu sudah pun meledak lima jaringan dalam saingan Liga Super 2023.

Beraksi di posisi tengah, Amirbek boleh dianggap sebagai pemain yang sangat versatil kerana kemampuan beliau untuk membantu pertahanan serta kreatif mengatur sersngan buat Sang Kenari.

Gandingannya bersama Manuel Ott di posisi tengah juga boleh dianggap sangat menyakinkan, selain sesekali berpasangan dengan Moses Atede di bahagian tersebut selaku nadi utama Kedah.

Kelebihan beliau dalam membuat hantaran tepat serta mengawal tempo permainan menjadikan dirinya sebagai suatu aset penting buat Nafuzi dalam mengatur taktikal selain rajin membantu serangan.

Maka tidak hairan nama pemain berusia 27 tahun itu terus menjadi pilihan pengendali Tajikistan iaitu Peter Segrt untuk memperkukuhkan pasukan tersebut bagi mengharungi saingan Pestabola Merdeka tahun ini.

Disebabkan itu, skuad kebangsaan perlu memberi perhatian kepada Amirbek kerana kelibat beliau mampu untuk mencetuskan situasi berbahaya menerusi kreativiti dimilikinya dalam mencipta serangan.

Malah, beliau juga sebelum itu pernah beraksi dalam saingan akhir King’s Cup ketika berdepan Malaysia, dan sudah pun memberikan impak cukup besar untuk memastikan penguasaan bola menjadi milik mereka.

Setakat ini, Amirbek sudah pun beraksi sebanyak 43 kaps bersama Tajikistan dan bermain di beberapa posisi termasuklah sebagai pertahanan kanan.

Apapun, selain Amirbek masih ada ramai tonggak lain yang mempunyai kualiti tersendiri untuk diawasi para pemain skuad kebangsaan pada aksi final malam ini.

Supaya, kejayaan mampu menjadi milik Malaysia dan sorakan penuh mampu diberikan para penyokong setia Harimau Malaya malam ini di SNBJ.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN