Kenapa Habib Haroon & Abu Kamara Tidak Dipilih Bersama Skuad Kebangsaan Mereka?

Kelibat dua penyerang import Liga Malaysia (Liga M) iaitu Habib Haroon dan Abu Kamara paling mencuri tumpuan kini dalam sesetengah penyokong bola sepak tempatan, selepas mereka tidak terpilih untuk mewakili negara masing-masing untuk aksi antarabangsa bulan Oktober ini.

Habib sehingga kini masih belum menerima panggilan rasmi untuk menyertai skuad kebangsaan, walaupun boleh dianggap sangat konsisten setiap musim bersama Terengganu dalam saingan Liga M.

Pada usia 23 tahun, beliau boleh dianggap sebagai salah seorang pemain tengah paling berpengaruh di Malaysia menerusi kreativiti, ketenangan, serta teknik individu yang cukup berkualiti tinggi.

Persoalan mula timbul jika kualiti Liga M yang membataskan diri Habib untuk mendapat perhatian kejurulatihan Bahrain bagi memanggil beliau memperkuatkan skuad kebangsaan.

Tetapi, sebaliknya pula berlaku apabila rakan senegara beliau iaitu Moses Atede buat pertama kali berjaya mendapat panggilan rasmi untuk bersama-sama Bahrain pada aksi persahabatan antarabangsa pada bulan ini.

Atede menyertai saingan Liga M bersama Kedah hanya pada pertengahan musim ini dan tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat perhatian Juan Antonio Pizzi untuk disenaraikan untuk Bahrain.

Malah jika dilihat daripada segi perjalanan semasa kedua pemain tersebut, jelas Habib lebih menonjol bersama kelab diwakilinya serta kini bermain dalam kejohanan AFC jika dibandingkan Atede.

Situasi serupa juga berlaku buat Abu Kamara yang jarang mendapat tempat bersama Liberia sejak beberapa perlawanan antarabangsa membabitkan negara tersebut.

Sebaliknya, dua rakan senegara beliau yang beraksi di Malaysia iaitu Kpah Sherman serta Marcus Macauley pula terus mendapat tempat bersama Liberia bawah kendalian Ansumana Keita.

Situasi semasa menyaksikan beberapa penyokong skuad kebangsaan Liberia juga meluahkan rasa kecewa mereka selepas beberapa pemain lebih layak terpilih termasuk Kamara tidak ada untuk aksi antarabangsa ini di media sosial rasmi pasukan tersebut.

‘Tampil Berbisa’-3 Kelab Malaysia Berpotensi Untuk Dapatkan Khidmat Abu Kamara

Apa tidaknya, prestasi semasa Kamara kini boleh dianggap sangat menyakinkan selepas beliau sudah pun meledak 13 gol musim ini dalam semua kejohanan disertai bersama Kuching City.

Malah, beliau juga boleh dianggap sebagai salah seorang penyerang import paling menyerlah sejak beberapa perlawanan lalu menerusi momentum ketajamannya di hadapan gawang gol.

Walaupun masih belum meledak sebarang gol menerusi rekod lalu bersama Liberia, setidaknya Kamara perlu diberi peluang menerusi rekod semasanya yang cukup gah kini di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN