Kenapa Fazrul Amir Dianggap Penuhi Kualiti Untuk Bersama Harimau Malaya?

Nama pemain serangan lincah tempatan, Fazrul Amir buat pertama kalinya diumumkan bakal menyertai kem Harimau Malaya untuk mengharungi dua aksi persahabatan bulan ini.

Ianya diumumkan sendiri menerusi laman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam bersama Zhafri Yahya selepas dua pemain kebangsaan terdahulu, Mukhairi Ajmal bersama Natxo Insa diketepikan atas faktor kecederaan.

“Pemain Kelantan Darul Naim FC, Mohamad Fazrul Amir Md Zaman dan pemain Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia telah dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini bagi menghadapi dua perlawanan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Laos di Bangkok, Thailand pada 14 November dan menentang India di Hyderabad pada 18 November 2024.

“Fazrul Amir, 24, menggantikan Mukhairi Ajmal Mahadi dari Selangor FC yang hadir melapor diri, hari ini tetapi terpaksa dilepaskan selepas pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan selepas beliau beraksi pada perlawanan AFC Champions League Two 2024/25 menentang Jeonbuk Hyundai Motors pada 7 November 2024.

“Sementara Zhafri, 30, menggantikan Natxo Insa dari Johor Darul Ta’zim yang tidak dapat melapor diri selepas disahkan menerusi laporan perubatan mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan AFC Champions League Elite 2024/25 menentang Ulsan HD pada 5 November 2024.

“Semoga Mukhairi dan Natxo cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” ujar Pau Marti Vicente menerusi perkongsian FAM.

Untuk rekod, ini merupakan panggilan sulung Fazrul buat skuad kebangsaan selepas beliau bergelar pemain bola sepak profesional di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Timbul beberapa persoalan, mengapa nama Fazrul terpilih untuk mewakili Harimau Malaya, sedangkan ada beberapa lagi pemain lain dalam senarai menunggu dianggap lebih layak dipanggil.

Pada pandangan kami, Fazrul dianggap sebagai pemain penting untuk menjadikan Pau Marti memiliki lebih banyak pilihan pemain di posisi sayap kiri.

Umum mengetahui, posisi tersebut kini diisi oleh Akhyar Rashid serta Adib Raop sahaja yang bersesuaian untuk beroperasi selaku pemain sayap kiri negara.

Kehadiran Fazrul sekurangnya memberi lebih pilihan buat Pau Marti untuk cuba menguji kesesuaian pemain tersebut untuk skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Kelebihan pemain berusia 24 tahun itu terarah kepada kepantasan, skil kawalan bola, serta kebijaksanaan membuat hantaran-hantaran tepat kepada rakan sepasukan lain.

Kehadiran Fazrul sedikit sebanyak dianggap mampu untuk beliau membuktikan kepada kem kebangsaan dirinya mungkin layak untuk terus menyarung jersi kebangsaan selepas ini.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN