Kenapa E. Elavarasan Wajar Diberi Peluang Bersama Skuad B-23 Negara?

Saingan kelayakan Piala Asia bawah 23 (B-23) akan membuka tirai tidak lama lagi di Thailand dengan senarai 25 pemain muda negara telah pun dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat tidak lama lagi.

Walaupun begitu, pengendali skuad B-23 negara iaitu E. Elavarasan telah pun menjadi mangsa kritikan para penyokong bola sepak negara ekoran kegagalan Malaysia untuk melayakkan diri ke final Piala AFF B-23 lalu.

Luqman Hakim & Nooa Laine Dipanggil Sertai Latihan Skuad B-23 Negara

Rata-rata penyokong jelas kurang berpuas hati dengan corak permainan diterapkan Elavarasan ketika saingan lalu dan ada yang meminta beliau ditukarkan kepada jurulatih baharu pada masa akan datang.

Malah, pemerhati bola sepak negara iaitu Dr. Pekan Ramli yang menyatakan Elavarasan perlu ditukar kerana sudah gagal menamatkan dua tugasan sebelum ini ketika memacu skuad B-23 negara menerusi laporan daripada Majoriti.

“Rasanya lepas gagal di Sukan SEA, Elavarasan telah pun diberi peluang untuk sambung tugasan di Piala AFF B-23 dan gagal juga. Pada saya kalau FAM serius untuk persiapkan pasukan bagi kelayakan Piala Asia B23 bulan depan, ikut sahaja kehendak peminat.

“Lantik sahaja jurulatih baru. Siapa tahu ada keajaiban yang boleh berlaku nanti? Saya tak nampak faktor Elavarasan atau faktor kekal atau tukar jurulatih baru di kelayakan Piala Asia B-23 nanti boleh dianggap punca utama kegagalan Harimau Muda nanti. Kegagalan dalam tangan, kejayaan tetap samar-samar,” kata beliau.

Walaupun begitu, pengendali tempatan iaitu Sulaiman Hussin mempunyai pandangan tersendiri mengenai Elavarasan yang dianggap perlu terus memberi ruang buat Elavarasan untuk memacu pemain muda negara ini dalam saingan akan datang.

Jelas Sulaiman, peluang perlu diberikan terus buat Elavarasan ketika ini kerana saingan kelayakan itu bakal berlangsung pada masa singkat untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat pengganti baharu.

Malah, kali ini juga menyaksikan Elavarasan mendapat barisan pemain yang jauh lebih baik berbanding ketika saingan Piala AFF lalu untuk dirinya mencorakkan sesuatu positif pada saingan akan datang.

“Pada pandangan saya, peluang perlu diberikan terus kepada Elavarasan kerana aksi seterusnya ini beliau telah mendapat para pemain lebih lengkap.

“Itu peluang terbaik buat dirinya untuk buktikan dengan pemain lebih berkualiti dipanggil kali ini mampu pergi lebih jauh pada saingan kelayakan akan datang.

“Kita tak boleh katakan Elavarasan gagal sepenuhnya bersama skuad B-23 kerana sebelum ini beliau tidak mendapat skuad yang lengkap serta masa diberi singkat untuk dia menerapkan taktikal lebih baik kepada para pemain dalam kem latihan.

“Tetapi, jika Elavarasan masih gagal untuk membuktikan yang terbaik pada saingan akan datang, ianya terserah kepada FAM untuk menentukan sendiri masa depan pengendali tersebut. Apapun ketika ini berikan dahulu peluang buat dirinya,” jelas Sulaiman kepada Semuanya BOLA.

Jika dilihat pada senarai nama dipanggil kali ini, ianya jauh lebih menyakinkan dengan dua bintang muda Malaysia yang beraksi di luar negara turut tersenarai iaitu Luqman Hakim Shamsudin serta Nooa Hamzah Laine.

Maka, ini menjadi ruang lebih baik buat Elavarasan untuk kembali memenangi hati penyokong dengan cuba melayakkan diri ke saingan Asia akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN