Apakah bunga merah tersebut?
Bunga tersebut adalah bunga popi merah.
Mengapakah setiap baju pemain ada bunga popi merah?
Bunga popi merah merupakan simbol untuk meraikan Hari Gencatan Senjata (Armistice Day). Ia jatuh pada 11 November setiap tahun – hari sama perjanjian gencatan senjata telah berlaku di negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
Perjanjian gencatan senjata itu dimeterai pada 11 November 1918, pada jam 11 pagi. Perjanjian itu dimeterai antara blok Negara Kesatuan Perang Dunia Pertama (Allied Forces) dengan negara Jerman.
Hari Armistice juga disambut sebagai Hari Peringatan (Remembrance Day), iaitu hari memperingati mangsa-mangsa konflik perang yang pernah British sertai.
Kenapa bunga popi merah dipilih sebagai simbol?
Simbol bunga popi merah ini merupakan inspirasi dari sebuah puisi John McCrae, seorang doktor tentera British yang berkhidmat semasa Perang Dunia Pertama.
Dalam puisi tersebut, McCrae menyebut:
Di padang Flanders, bunga popi tumbuh secara bersilangan antara jujukan.
Apa yang menariknya, padang Flanders yang terletak di Belgium – yang disebutkan dalam puisi McCrae – adalah tempat paling terjejas teruk dan paling banyak pertumpahan darah berlaku.
Dan bunga popi adalah tumbuhan pertama yang hidup di situ setelah Perang Dunia Pertama tamat.
Ia hanya simbol. Bolehkah pemain memilih untuk tidak memakai?
Menurut undang-undang BBC (British Braodcasting Corperation), sesiapa yang muncul di kaca TV, di antara tarikh 25 October hingga 11 November diwajibkan memakai simbol bunga popi merah.
Namun setelah didebatkan di Parlimen, dibawah undang-undang kebebasan media, kini mereka diberi kelonggaran samada untuk memakainya atau tidak.
Jadi, sebenarnya ia tidak wajib dipakai. Namun sebagai simbol tradisi dan penghormatan kepada mangsa perang, kelab bola sepak akan memakai bunga popi merah secara sukarela.
Baca juga: Jika Gelaran Watford Adalah The Hornets (Sang Tebuan), Mengapa Logo Kelab Mereka Ada Gambar Rusa?