Kenapa Bojan Hodak Anggap Keputusan Dibuat PSSI Ibarat Sarkas?

Belum pun semusim karier pengendali berpengalaman, Bojan Hodak di Indonesia bersama Persib Bandung, sudah ada beberapa cerita tidak enak sudah disuarakan beliau dengan begitu lantang kerana tidak berpuas hati.

Jelas Bojan, persiapan yang dibuat oleh dirinya beberapa hari sebelum perlawanan berdepan PS Barito semalam berdepan kesukaran, selepas beberapa pemain utamanya tidak dibenarkan beraksi kerana menjalani ujian penggantungan.

Ketika itu, tiga pemain beliau disahkan tidak dapat mengikuti aksi seterusnya ialah Marc Klok, Putu Gede, serta Ciro Alves untuk aksi saingan Liga 1 Indonesia.

Bojan menyatakan info tersebut sampai pada pagi Sabtu ketika perlawanan bakal berlangsung pada keesokan harinya di Stadium Gelora Bandung Lautan Api (GBLA).

Disebabkan perkhabaran lewat itu, Bojan mengakui beliau mengalami kesukaran kerana perancangan taktikal dan formasi sudah pun diatur awal dengan membabitkan pemain digantung itu.

“Persiapan yang kami buat jadi tidak rapi kerana saya tidak tahu siapa yang dapat beraksi dan digantung untuk aksi seterusnya dengan lebih awal.

“Ini kerana, secara tiba-tiba sahaja ada pemain kami yang menjalani hukuman penggantungan tanpa diberitahu dengan lebih awal.

“Situasi ini saya boleh anggao ibarat sarkas. Saya tak tahu siapa yang membuat keputusan berkenaan. Seolah-olah anda bermain Playstation. Boleh masukkan dan keluarkan pemain begitu sahaja.

“Bagaimana dengan latihan keras kami tiga hari sebelum itu berjalan lancar jika pagi sebelum hari perlawanan keesokannya kami mendapat khabar tiga pemain tidak dapat beraksi.

“Jika para pemain tersebut berkelahi atau membunuh seseorang memang wajar mendapat hukuman keras, malah denda sudah wajar untuk tiga pemain ini tetapi untuk digantung? Ianya tak harus berlaku,” luah Bojan menerusi Bola.com.

Untuk rekod, Marc Klok dan Ciro Alves dilarang beraksi dua perlawanan bersama denda puluhan juta rupiah sementara Putu Gede tidak dapat bermain sebanyak empat aksi seterusnya.

Ketiga pemain tersebut menerima hukuman berkenaan kerana bertindak tidak sopan kepada para penyokong lawan pada hari perlawanan menentang Persis Solo dengan penuh emosi.

Walaupun begitu, pengesahan hari ini menyatakan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah menarik kembali larangan tersebut buat Marc Klok.

Persoalannya kini, adakah Bojan bakal menerima padah kerana mempersoalkan tindakan hukuman dikenakan oleh PSSI kepada para pemainnya?

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN