Kenapa Benjamin Mora Masih Pertaruh Formasi Taktikal Yang Sama?

Benjamin Mora JDT formasi taktikal Ratchaburi FC ACL 2021

Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup tirai saingan AFC Champions League (ACL) 2021 dengan keputusan seri tanpa jaringan berdepan Ratchaburi Mitr Phol FC, semalam.

Skuad Harimau Selatan mengakhiri cabaran di kedudukan ke-3, Kumpulan G dengan mengumpul empat mata selepas merekodkan satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan berdepan Ratchaburi FC, Pohang Steelers dan Nagoya Grampus.

Kegagalan merekodkan kemenangan ke atas wakil Thailand itu menyaksikan JDT gagal merekodkan jumlah mata lebih tinggi berbanding dua musim sebelum ini dan hanya menyamai jumlah mata yang diraih pada edisi 2019 iaitu empat mata.

Begitupun, mereka telah memperbaiki kedudukan dengan berada di kedudukan ketiga kumpulan. Ia satu misi yang boleh dikatakan gagal kerana seharusnya mereka boleh merekodkan dua kemenangan ke atas Ratchaburi FC, namun ia tidak berlaku.

Ratchaburi FC berjaya menafikan mata penuh buat JDT dengan kecemerlangan penjaga gol mereka, Kampol Pathomakkakul sekali lagi menjadi tumpuan. Beliau berjaya menyelamatkan empat peluang yang dimiliki oleh JDT sepanjang aksi.

Empat peluang boleh gol itu adalah menerusi penyerang, Bergson da Silva, Leandro Velazquez dan pemain gantian iaitu Akhyar Rashid serta Mohamadou Sumareh.

Malah, mungkin yang paling terkesan adalah peluang awal Safiq Rahim pada minit ke-7 yang disudahkannya dengan percubaan tersasar walaupun sudah berada di depan gawang lawan. Jika tidak, perjalanan perlawanan buat JDT akan lebih baik.

Yang menjadi persoalan besar kini adalah mengapa pengendali, Benjamin Mora masih mempertaruhkan formasi taktikal yang hampir sama dalam semua aksi mereka di ACL 2021. Tiada variasi formasi taktikal yang telah dipamerkan oleh mereka.

Formasi 4-1-4-1 atau 4-3-2-1 masih menjadi pilihan Mora dengan masih memberikan kepercayaan kepada penyerang tunggal untuk memburu jaringan gol. Mereka juga mempertaruhkan tiga pemain tengah dan dua pemain sayap menyerang.

Walaupun mereka telah berjaya meraih kemenangan ke atas Ratchaburi FC dalam perlawanan sebelum ini menggunakan formasi taktikal yang sama, namun ia hanya kemenangan tipis dan adalah tiga mata yang kurang meyakinkan buat mereka.

Mora dilihat tidak mahu mengambil risiko mengurangkan pemain tengahnya dengan meletakkan gandingan dua penyerang di hadapan walaupun masalah utama mereka adalah untuk mencipta jaringan gol. Itu yang menjadi persoalan terbesar.

Untuk mengatakan JDT kerap menggunakan pemain sayap untuk memecah masuk ke defensive third lawan, ia tidak juga berlaku dengan lebih kerap. Malah, melihat heatmap JDT dalam perlawanan ini, mereka tampak lebih banyak berada di middle third.

Tidak guna jika menguasai perlawanan, memiliki jumlah hantaran tertinggi dalam perlawanan dengan ketepatan 88 peratus, tetapi tiada jaringan mampu dijelmakan.

Mora dilihat cuba memperbaiki jentera sayap yang kurang menjadi di babak pertama dengan JDT lebih kerap menyelinap masuk ke defensive third lawan di babak kedua menerusi pemain sayap mereka, Ramadhan Saifullah dan Arif Aiman.

Kemasukkan Sumareh dan Akhyar Rashid menggantikan kedua-dua pemain muda itu dilihat lebih fokus dengan berada di kawasan penalti lawan dalam 25 minit terakhir, namun, masih gagal untuk menewaskan Kampol Pathomakkakul di gawang.

Hanya itu yang dilihat daripada heatmap dan statistik JDT dalam perlawanan malam tadi. Tiada perubahan berani dibuat oleh Mora dengan mengubah sistem permainan dan formasi taktikal skuad Harimau Selatan dalam perlawanan tersebut.

Adakah Mora masih berdegil yang formasi taktikal itu adalah yang terbaik buat JDT? Daripada 17 percubaan tepat dalam enam perlawanan, hanya tiga gol diledakkan dan ia hadir menerusi pemain tengah, Leandro Velazquez dan Ramadhan Saifullah.

Baca lagi artikel lain mengenai JDT dan bola sepak antarabangsa:

Syamer Kutty Abba, Pemain Paling Menyerlah Disebalik Kecewanya JDT

Pohang Steelers ‘Kepenatan’, JDT Sepatutnya Tewas Jurang Lebih Besar

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN