Indonesia berjaya mengesahkan dua pemain warisan mereka untuk didaftarkan sebagai senjata baharu bagi memperkuatkan skuad kendalian Shin Tae-yong dalam saingan Piala AFF akan datang.
Kedua pemain tersebut berjaya didaftarkan secara rasmi selaku warganegara tersebut semalam, selepas melalui beberapa proses sejak beberapa bulan lalu.
Bersiap menjemput passport Garuda! 🦅🇮🇩#KitaGaruda pic.twitter.com/6Qlp6k4h8C
— PSSI (@PSSI) November 17, 2022
Menurut CNN Indonesia, proses pendaftaran tersebut dibuat secara tertutup dengan Sandy dan Jordi mengenakan sut serba hitam selama proses terakhir itu berlangsung.
Sepanjang acara pendaftaran itu berlangsung, kedua pemain ini turut ditemani oleh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan.
Setelah proses angkat sumpah selesai, baik Sandy atau Jordi, kedua pemain secara rasminya menjadi warganegara Indonesia secara sah dan boleh mewakili skuad bola sepak negara tersebut.
Untuk saingan terdekat yang bakal berlangsung, dua tonggak ini dilihat boleh memperkuatkan pasukan kebangsaan untuk mengharungi cabaran Piala AFF.
Namun begitu, proses pendaftaran skuad Indonesia untuk saingan Piala AFF bakal berakhir pada 20 November ini, sedangkan dua pemain tersebut masih perlu menunggu status perpindahan mereka daripada negara masing-masing.
Disebabkan itu, para penyokong bola sepak Imdonesia terpaksa menunggu lebih lama sebelum melihat kedua pemain ini menyarung jersi skuad kebangsaan.
Walaubagaimana pun, mereka berpeluang cerah untuk mewakili Sang Garuda pada tahun hadapan dalam saingan lebih besar iaitu Piala Asia 2023.
Ini bakal jadi penampilan semula buat Indonesia dalam saingan tersebut, selepas kali terakhir mereka beraksi pada tahun 2007 ketika menjadi tuan rumah.
Untuk rekod, Jordi Amat kini merupakan tonggak pertahanan buat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), serta membuat penampilan pertama kali ketika pasukan tersebut beraksi menentang Urawa Red Diamonds di Jepun untu kejohanan Asian Champions League (ACL).
Tampil dengan rekod yang agak besar bersama beberapa kelab terkemuka di Eropah seperti Espanyol, Swansea City, dan K.A.S Euspen, pemain ini dilihat menjadi salah satu tumpuan utama buat penyokong Indonesia.
Jordi Amat Maas dan Sandy Walsh resmi menjadi Warga Negara Indonesia (WNI) pada Kamis, 17 November 2022 setelah melaksanakan Sumpah Janji Setia Pewarganegaraan di Kantor Kemenkumham RI.
Selamat Jordi dan Sandy! ❤️🇮🇩#KitaGaruda pic.twitter.com/CUv7ZPB5RY
— PSSI (@PSSI) November 17, 2022
Sandy Walsh pula sehingga kini masih lagi aktif di Eropah bersama K.V. Mechelen selaku pemain pertahanan kanan dan pernah mewakili Belanda ketika remaja.
Pemain berusia 27 tahun itu memulakan karier seniornya bersama salah satu pasukan ternama di Belgium iaitu K.R.C Genk, sebelum melebarkan sayap bersama Zulte Waregem dan K.V. Mechelen.