Kenali Vinicius Junior, Remaja €45 Juta Yang Mengimpikan Bermain Bersama Neymar

Bintang remaja dari Brazil, Vinicius Junors sudah pun diperkenalkan secara rasmi oleh Real Madrid dan sudah menjalani latihan dengan pasukan utama.

Pemain ini dibeli dari Flamengo dengan pra kontrak musim lalu. Nilai perpindahan dilaporkan €45 juta.

Vinicius Junior dijangka akan menjadi pemain utama dalam skuad kendalian Julen Lopetegui selepas pemergian Cristiano Ronaldo.

Vinicius Jose Paixao de Oliveira Junior kini sudah berusia 18 tahun. Lahir pada 12 Julai 2000 di Sao Goncalo, Rio de Janeiro.

Beliau mewakili Brazil B-15 dari tahun 2015 sehingga 2016 dan menjaringkan 7 gol daripada 10 penampilan. Debut dengan pasukan B-15 adalah ketika beliau berusia 13 tahun.

Pada 2015, Beliau membantu Flamengo menjuarai Copa Votorantim dengan status penjaring terbanyak.

Pada tahun 2016, Vinicius pindah dipanggil mewakili Flamengo B-17 pada usia beliau 16 tahun.

Beliau terus cemerlang dengan 10 gol dan menjadi pemain paling banyak melakukan assist untuk membantu pasukannya menjuarai kejohanan remaja di zon Rio de Janeiro.

Pencapaian tertinggi dalam karier remaja beliau di Brazil adalah pada 2017 apabila membantu Flamengo menjuarai Sao Paulo Youth Cup. Pertandingan B-20 perdana di Brazil.

Dengan skuad B-17 Brazil pula, beliau menjaringkan 17 gol daripada 19 penampilan.

Selepas aksi cemerlang itu, Flamengo menawarkan beliau kontrak profesional berdurasi 3 musim pada usia 16 tahun. Dalam kontrak beliau terselit kluasa perlepasan €30 juta. Kelab akan mendapat 90% daripada klausa perlepasan ini dan 10% milik ejen beliau.

Vinicius melakukan debutnya untuk Flamengo pada 13 Mei 2017 sebagai pemain simpanan yang masuk pada minit ke-82 dalam Serie A Brasil. Perlawanan seri 1-1 menentang Atletico Mineiro.

Anda bayangkan, 2 hari selepas debut itu, Flamengo terus merombak semula kontrak beliau dan menambahkan gajinya. Sebagai balasan, Flamengo mahu memasukkan klausa perlepasan bernilai €45 juta, lebih €15 daripada sebelum ini.

Real Madrid dan Barcelona antara 2 kelab yang paling awal mengesan bakat beliau dan berminat mendapatkan beliau. Namun Vinicius telah memilih untuk menyertai Real Madrid.

10 hari selepas debut beliau, Real Madrid mengumumkan perpindahan pemain ini secara pra-kontrak. Mujurlah Flamengo bertindak sangat cepat.

Berbeza dengan apa yang dilakukan idola beliau Neymar yang memilih Barcelona. Ketika ditanya kenapa memilih Real Madrid dan bukannya Barcelona, Vinicius berkata:

“Saya ada banyak pilihan dan akhirnya memutuskan untuk menyertai kelab terbaik di dunia.”

Kata-kata yang mungkin akan membuatkan peminat Barcelona terasa geram.

Pada Jun 2017 lalu, beliau disenaraikan oleh The Telegraph sebagai pemain B-21 ke-39 terbaik di dunia.

Kekuatan utama pemain ini adalah skil individu dan keupayaan untuk menjaringkan gol. Beliau adalah pemain penyerang sayap kiri sebagai posisi utama. Beliau turut boleh bermain di sayap kanan, penyerang kedua dan sebagai no.9.

Harapan beliau adalah untuk memecah masuk ke dalam skuad utama Real Madrid pada musim 2018/19. Dengan tag harga yang sangat besar, pemain remaja ini pastinya sedar akan tekanan untuk membuktikan dirinya di Bernabeu.

Brazil’s Flamengo player Vinicius Junior reacts during their 2017 Sudamericana Cup football final against Argentina’s Independiente at Maracana stadium in Rio de Janeiro, Brazil, on December 13, 2017. / AFP PHOTO / Carl DE SOUZA (Photo credit should read CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images)

Beliau juga menyatakan harapannya agar suatu hari nanti dia akan beraksi bersama Neymar.

“Saya rasa gaya permainan saya lebih kepada Neymar walaupun ramai menyatakan saya mirip gaya Ronaldo (R9). Namun kedua-dua mereka idola saya.”

“Neymar adalah idola saya dan seluruh rakyat Brazil. Saya impikan bermain di samping beliau. Moga saya akan dapat bermain dengan beliau di dalam pasukan kebangsaan Brazil.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN