Kenali Timbalan Presiden Suriname Yang Pemurah, Jadi Kapten & ‘Tabur Cash’ Walau Dibelasah Lawan

Suriname adalah sebuah negara kecil yang terletak di sebelah pantai timur laut benua Amerika Selatan, iaitu di bawah Venezuela dan Guyana tetapi di atas Brazil.

Salah sebuah kelab bola sepak di negara tersebut adalah Inter Moengotapoe yang dimiliki ialah Timbalan Presiden negara tersebut, Ronnie Brunswijk. Beliau menjawab jawatan politikal tersebut sejak tahun lalu.

Pemain tertua pertandingan kelab antarabangsa

Pada Selasa lalu Brunswijk yang berusia 60 tahun melakukan penampilan bersama Inter dan mencipta sejarah tampil sebagai pemain paling tua di dunia untuk perlawanan kelab antarabangsa.

Ia adalah COCACAF League, iaitu pertandingan yang setara dengan Europa League, menentang pasukan dari Honduras Olimpia.

https://twitter.com/JusticeColde/status/1440459806330916883?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1440459806330916883%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.sportbible.com%2F

Bukan sahaja Timbalan Presiden itu turun beraksi selama 54 minit, beliau menjadikan dirinya ketua pasukan, bergandingan dengan Damian Brunswijk, iaitu anak lelakinya.

Nombor jersi 61 yang dipakainya pula adalah simbolik kepada tahun kelahiran dirinya,

Brunswijk dan Inter kemudiannya dibelasah Olimpia dengan jaringan 6-0. Anehnya, Brunswijk dikatakan berjaya melengkapkan 14 daripada 17 hantaran yang cuba dilakukannya sepanjang 54 minit perlawanan.

Siapa sebenarnya Ronnie Brunswijk?

Siapa sebenenarnya Timbalan Presiden Suriname itu? Sebuah artikel dari Ney York Times menyifatkan Ronnie Brunswijk sebagai seorang askar elit, seorang perompak bank paling dikehendaki, seorang ketua gerila, menguasai perusahaan emas, dan juga ayah kepada sekurang-kurangnya 50 orang anak sepanjang hayatnya sehingga kini.

Sebelum memehang jawatan Timbalan Presiden pada usia 60 tahun, Brunswijk memainkan peranan penting pelaksanaan demokrasi di negara tersebut.

Terlibat di dalam perang saudara pada 1980 an, Brunswijk adalah individu paling dikehendaki di Suriname oleh Ketua Polis, Chan Santokhi. Kedua-duanya kemudian bekerjasama membentuk kerajaan dan Santokhi adalah Presiden Suriname pada hari ini.

Hari ini Brunswijk turut dikenali sebagai seorang usahawan yang begitu kaya dan terkenal di dalam politik. Tetapi pada 1999, beliau pernah didapati bersalah atas kes penyeludupan dan dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh sebuah mahkamah di Belanda. Negara eropah tersebut adalah bekas kolonial yang berkuasa di negara Amerika Selatan itu.

Mahkamah sama turut mendapati Brunswijk melakukan jenayah yang sama pada 2000, dan menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Beliau bagaimanapun akan selamat dan tidak akan meringkuk di penjara kerana Suriname tidak membenarkan rakyatnya diekstradit ke negara luar.

Terkenal kerana kemurahan

Brunswijk juga terkenal dengan sikap pemurahnya, dan sering memberi bantuan kewangan kepada rakyat miskin.

Reputasi tersebut terselah selepas perlawanan menentang Olimpia. Brunswijk didapati masuk ke bilik persalinan pasukan lawan selepas perlawanan, menghulurkan sejumlah tunai kepad setiap pemain, sebelum keluar dengan jersi Olimpia.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia juga “sejenis bantuan” atau adakah ia membawa maksud lain. Bukankah pusingan kedua perlawanan belum lagi berlangsung? Tetapi sukar membayangkan kelab milik Brunswijk mampu menang dengan kelebihan 7-0 di pusingan kedua nanti.

Tetapi satu perkara yang pasti Brunswijk tidak akan melakukan penampilan di perlawanan timbal balik kerana risau akan ditangkap oleh polis antarabangsa sekiranya berbuat demikian.

 

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN