Hartawan Biritsh, Sir Jim Ratcliffe menerusi syarikat petrokimia Ineos telah sah menjadi salah seorang pembida untuk mendapatkan pemilikian majoriti kelab bola sepak Manchester United.
Ia susulan pengumuman kumpulan Glazers pada November tahun lalu yang mahu menjual United dan bersedia untuk mencari alternatif strategik untuk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Dalam satu kenyataan, jurucakap kepada firma berkenaan mengesahkan pihaknya secara rasmi telah melalui proses bidaan seperti yang ditetapkan.
“Berbekalkan semangat daya saing dan cita-cita yang tinggi, kami berhasrat untuk melabur di Manchester United bagi menjadikan kelab ini nombor satu di dunia sekali lagi,” ujar kenyataan tersebut.
“Pada masa yang sama, kami menyedari bahawa tadbir urus bola sepak di negara ini berada di persimpangan. Maka kami ingi membantu menerajui babak seterusnya, mendalami budaya bola sepak Inggeris dengan menjadikan kelab sebagai mercu tanda dalam pendekatan moden, progresif dan berpusatkan peminat.
“Kami mahu Manchester United terkenal dengan sejarah yang membanggakan, berakar umbi di Barat Laut England dan seterusnya menjadikan Manchester sebagai Manchester United dan kembali memberi tumpuan untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).”
Siapakah Sir Jim Ratcliffe?
Dilahirkan di Failsworth, sebuah pekan di Manchester, semestinya Ratcliffe menjadikan Manchester United sebagai pasukan kegemarannya sejak kecil.
Bagaimanapun setelah keluarganya berpindah ke London, Ratcliffe memilih untuk menjadi pemilik pas musim bagi pasukan Chelsea.
Ketika kelab Stamford Bridge itu diletakkan dalam senarai penjualan, beliau menjadi pembida di saat-saat akhir, namun percubaannya tidak berjaya.
Hartawan berusia 70 tahun itu kini merupakan pemilik kelab liga Perancis, Nice dan juga pemilik kepada syarikat petrokimia Ineos. Nilai kekayaannya pada 2022 menurut Forbes adalah sekitar £13.5 bilion (RM72 bilion).
Ineos pula dalam laporan kewangannya mencatatkan jualan £50 bilion (RM267 bilion) dan mempunyai lebih 26 ribu pekerja di 29 buah negara.
Langkah Ratcliffe untuk muncul salah seorang individu terkaya di dunia bermula pada usia 40 tahun apabila beliau menyertai kumpulan ekuiti persedirian AS Advent International pada tahun 1989.
Dengan beberapa bantuan dan sokongan, beliau mengetuai pembeliau perniagaan bahan kimia daripada BP dan membentuk syarikat pertamanya INSPEC. Hanya pada tahun 1998 beliau mula menjana kekayaan setelah mengasaskan INEOS.
For those of you who don't know sir Jim ratcliffe
Ratcliffe is a 69-year-old British billionaire. He is the chairman and CEO of Ineos chemicals group, a company he founded in 1998, with their estimated turnover in 2021 thought to be €18.8billion (£15.8billion). pic.twitter.com/N0v3IFyPt0— WE LOVE UNITED 👺 (@NelsonKingn8151) August 17, 2022
Bagaimanapun bola sepak bukanlah satu-satunya minat Ratcliffe dalam sukan. Syarikatnya Ineos juga merupakan tulang belakang kepada pasukan berbasikal Ineos Grenadiers yang sebelum ini dikenali sebagai Team Sky.
Berdasarkan latar belakangnya, mungkin tiada masalah untuk Ratcliffe muncul pemilik United yang baharu, namun ada beberapa faktor yang boleh menjadi penghalang kepada hasrat tersebut.
Penghalang terbesar tentunya adalah pemilik sedia ada iaitu kumpulan Glazers yang tentunya mahu mendapatkan harga tertinggi daripada beberapa tawaran yang diletakkan oleh para pembida.
Bagaimanapun berdasarkan maklum balas daripada penyokong, kebanyakannya memilih Ratcliffe disebabkan sentimen ‘anak tempatan’ setelah hampir 20 tahun kelab tersebut dikuasai oleh keluarga dari Amerika Syarikat berkenaan.
.@Muppetiers & skysport are pushing for sir Jim Ratcliffe to take over Manchester United with their relentless SJR PR…..Stay away from our club!!!!!! Say no to Ratcliffe #NoToRatcliffe pic.twitter.com/E7msaFnKhx
— John Xina (@retired_troll1) February 17, 2023