Kenali “Silent Killer” Yang Menjadi Musuh Pemain Bola Sepak Seperti Christian Eriksen

Denmark

Perlawanan Euro 2020 membabitkan pertemuan Denmark dan Finland di dalam saingan Kumpulan B pada Ahad lalu dikejutkan dengan insiden membabitkan Christian Eriksen.

Pemain tengah Inter Milan itu tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri selepas menerima lontaran ke dalam rakan sepasukan dan memaksa rawatan kecemasan dilakukan di atas padang dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya.

Mereka yang menyaksikan perlawanan tersebut, terutama yang berada di dalam stadium pasti tidak akan dapat melupakan insiden cemas termasuk bantuan kecemasan CPR yang dilakukan oleh petugas dan doktor pasukan.

Pakar perubatan yang merawat Eriksen di hospital selepas itu mengesahkan pemain itu mengalami serangan jantung ketika perlawanan yang membuatkan beliau rebah. Malah pernafasan pemain itu turut disahkan sudah berhenti sebelum rawatan kecemasan diberikan oleh pasukan medik.

Timbul persoalan dari kalangan pembaca Semuanya BOLA mengenai kejadian ini. Tidak kurang yang menghantar mesej dan email meminta pihak editorial untuk memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada pemain.

Apa yang dialami oleh Christian Eriksen sebenarnya juga dikenali sebagai “Sudden Cardiac Death.” Walaupun di dalam kes Eriksen ia tidak membawa maut, beberapa pemain profesional lain yang tidak bernasib baik seperti Marc-Vivien Foe, Cheick Tiote, dan Miklos Feher adalah antara pemain bola sepak profesional yang maut akibat penyakit yang disifatkan sebagao “silent killer” di kalangan para atlet.

Untuk mengenali apakah “Sudden Cardiac Death” secara lebih terperinci, kami berkongsi sebuah artikel tulisan Puan Nurul Amir yang turut dikongsikan di Facebook beliau baru-baru ini.

Apa itu Sudden Cardiac Death?

Ada yang minta saya post information mengenai “Sudden Cardiac Death”. Latar belakang kajian saya lebih tertumpu golongan muda, so saya akan focus ke arah itu sebagai perkongsian umum.

Atlet lebih dikenali sbg individu yg ‘fit’ dan mempunyai tahap kesihatan yang bagus, terutamanya mempunyai jantung yg sihat dan kuat. Jadi kita sedia maklum, atlet lagi fit. Macam mana kes SCD masih boleh berlaku dikalangan atlet, lebih-lebih lagi atlet yang lebih muda?

Sudden Cardiac Death (SCD) adalah kematian secara mengejut yang biasanya terjadi dalam tempoh 1 jam selepas simptom berlaku, dan biasanya akan menyebabkan gangguan ritma jantung (ventricular tachycardia) dan menyebabkan ritma maut (ventricular fibrillation) kepada individu yg tidak mempunyai sbrg sign & symptom yg diketahui sblm ini.

Insiden SCD dikalangan atlet adalah antara insiden yang sering berlaku dengan kekerapan 1 dalam 40,000 hingga 80,000 atlet setahun. Di UK, sekurang-kurangnya 12 daripada golongan muda yg sihat dan cergas meninggal dunia disebabkan masalah jantung yg gagal dikesan dari awal!

Punca SCD di kalangan atlet

SCD dikalangan individu yg berusia dibawah 35 tahun, kebiasaanya berpunca dari:

1. masalah struktur jantung, atau;

2. masalah aktiviti electrical jantung

Hypertrophic Cardiomyopathy (HCM) adalah sejenis masalah struktur jantung, yg dikenalpasti sbg punca utama SCD dikalangan golongan muda.

HCM adalah keadaan dimana otot jantung mengalami pembesaran yang tidak normal, menyebabkan struktur jantung lebih tebal sehingga menyebabkan ritma jantung tidak normal (arrhythmia) dan boleh bertukar kepada ritma maut (ventricular fibrillation).

Keadaan ini menyebabkan, jantung akan berhenti secara mengejut (sudden cardiac arrest). HCM biasanya adalah mutasi genetic (genotype) yang berinteraksi dgn faktor persekitaran (phenotype) seperti kadar intensiti latihan yg terlalu tinggi atau serangan virus etc.

SCD biasanya disebabkan daripada penyakit keturunan (inherited heart condition) yang gagal dikenal pasti dari awal. Kematian mengejut dikalangan golongan muda dan atlet ini biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom awal sbelum ianya berlaku. The first sign is usually the last sign.

Langkah pencegahan untuk atlet

Pemeriksaan jantung secara berkala (cardiac screening) melibatkan pemeriksaan ECG, “resting Echocardiography” dan “Exercise Echocardiography” dan adalah prosedur wajib yang telah ditetapkan oleh organisasi sukan antarabangsa (i.e. IOC, FIFA, UEFA etc).

Ia sebagai syarat utama bagi SEMUA ATLET sebelum memulakan liga perlawanan/pertandingan, sebagai langkah pencegahan awal utk mengenal pasti abnormaliti pada struktur jantung dan electrical activity jantung atlet bagi mencegah insiden kematian secara mengejut dalam kalangan atlet.

Sekiranya ada diantara ahli keluarga yang mati secara mengejut (family history), pemeriksaan jantung secara berkala akan disarankan.

Pemeriksaan awal juga akan memudahkn proses mengenal pasti punca dari awal, seterusnya boleh menyelia kadar intensity latihan dan simptom dengan lebih menyeluruh.

Sehingga kini, kajian dari CRY, UK (Cardiac Research In Young organization, UK) mendapati lebih kurang 80% kes SCD tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum rebah.

Masih terlalu banyak tanda tnya yang memerlukan kajian yang lebih mendalam bagi menjawab persoalan yg tidak terjawab.

 

 

Nota editor: Puan Nurul Amir adalah pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, di UiTM Cawangan Perlis. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di bidang PhD Cardiac Rehabilitation di University of Bristol, UK.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN