Kenali Peraturan FIFA Yang Membolehkan Lewandowski Tebus Kontrak Sendiri Untuk Sertai Barcelona

Lewandowski berpeluang untuk bantu memudahkan urusan Barcelona mendapatkan khidmatnya dengan memanfaatkan peraturan yang ada dalam buku undang-undang FIFA.

Hal ini kerana ada kelompongan dalam artikel 17 peraturan FIFA yang akan membenarkan Robert Lewandowski menebus kontraknya sendiri di Allianz Arena.

Dengan memanfaatkan kelompongan itu, Lewandowski secara tak langsung membantu Barcelona untuk mendapatkan khidmatnya dengan membayar yuran perpindahan yang lebih rendah.

Gergasi Catalan itu hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani Robert Lewandowski pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain kebangsaan Poland itu sendiri turut mengesahkan yang beliau berminat mahu beraksi bersama Barcelona dan beliau juga turut mengakui tentang hasratnya mahu meninggalkan Bayern Munich pada musim panas ini.

Bayern Munich sendiri sebenarnya tiada masalah untuk melepaskan Lewandowski dan kerana itulah mereka meletakkan tanda harga bernilai €32 juta kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang itu.

Kenali peraturan FIFA yang membolehkan Lewandowski tebus kontrak sendiri

Walau bagaimanapun, memandangkan Lewandowski sendiri sudah bertekad mahu meninggalkan Bayern Munich, maka beliau akan memanfaatkan kelompongan yang ada dalam artikel 17 peraturan FIFA yang akan membolehkan beliau untuk sertai Barca dengan lebih mudah.

Peraturan tersebut dikenali sebagai ‘Webster Rule’ yang mana ia membolehkan mana-mana pemain berusia 28 tahun ke atas untuk menebus semula kontrak mereka bersama kelab.

‘Webster Rule’ sebenarnya membantu pemain yang sudah berusia untuk memudahkan urusan mereka andai berhasrat mahu meninggalkan kelab.

Namun begitu, ia hanya boleh digunakan untuk pemain yang sudah lepasi tempoh dua tahun dalam kontraknya bersama kelab asal sahaja.

Andai Lewandowski memanfaatkan kelompongan tersebut untuk menyertai Barcelona, maka gergasi Catalan itu hanya perlu membayar €24 juta sahaja kepada Bayern Munich untuk mendapatkan pemain penyerang itu.

Mengapa ia dikenali sebagai ‘Webster Rule’?

Peraturan ‘Webster Rule’ mula diperkenalkan pada tahun 2006 yang lalu, ketika bekas pemain centre-back Scotland, Andy Webster memilih untuk menggunakan peraturan tersebut untuk melengkapkan perpindahannya dari Hearts ke Wigan Athletic.

Webster menggunakan peraturan tersebut sebagai kelebihan untuk beliau menebus kontraknya sendiri dan berpindah ke negara berbeza.

Beliau ketika itu sekadar memaklumkan kepada kelabnya tentang hasratnya yang mahu berpindah dan kemudiannya membayar semula baki dalam kontraknya.

Peraturan itu sebenarnya sudah tidak digunakan oleh mana-mana pemain sejak 16 tahun kebelakangan ini, namun melihat kepada situasi Lewandowski, beliau sebenarnya berpotensi untuk jadi pemain pertama yang akan memanfaatkan peraturan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN