Perlawanan akhir Euro 2020 di antara Itali dan England nanti akan diadili pengadil berpengalaman, Bjorn Kuipers. Perkara itu disahkan oleh pihak UEFA sendiri melalui satu kenyataan baru-baru ini.
Itali berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Sepanyol di penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terus terikat 1-1 di waktu sebenar sehingga tamat waktu tambahan.
Satu lagi perlawanan turut menyaksikan England mara ke perlawanan akhir di kejohanan antarabangsa buat pertama kali sejak 55 tahun lalu. Skuad kendalian Gareth Southgate menyingkirkan cabaran Denmark dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan yang diheret ke masa tambahan itu.
Perlawanan akhir ini adalah pertemuan kelima membabitkan Itali dan England di kejohanan utama. Itali menang tiga dari perlawanan tersebut, dan seri dua kali dari pertemuan tersebut.
UEFA pilih Bjorn Kuipers
Untuk perlawanan akhir Euro 2020, UEFA telah melantik Bjorn Kuipers untuk mengendalikan perlawanan tersebut.
Ini menjadian Kuipers sebagai pengadil pertama dari Belanda untuk mengendalikan perlawanan akhir di Kejohanan Eropah.
Kuipers adalah pengadil kepada perlawanan England menentang Itali di perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 2-1 kepada skuad Azzuri.
Dutchman Bjorn Kuipers will referee Sunday's #Euro2020 final between England and Italy.#ITA #ENG #bbceuro2020
— BBC Sport (@BBCSport) July 9, 2021
Di Euro 2020, Kuiper merupakan pegawai perlawanan keempat untuk perlawanan membabitkan England menentang Croatia di peringkat awal saingan Euro 2020.
Ada sebab UEFA memilih Kuipers sebagai pengadil perlawanan akhir kejohanan kali ini. Kuipers adalah pengadil yang cukup berpengalaman dan pernah mengadili sehingga enam perlawanan akhir pertandingan eropah seperti Champions League, Europa League dan Piala Super Eropah. Selain Piala Dunia 2014, pengadil berusia 48 tahun itu pernah mengendalikan perlawanan Piala Dunia 2018 yang diadakan di Rusia.
Kuipers pengadil kontroversi
Kuipers juga tidak pernah lari dari kontroversi. Pengadil ini pernah berseteru dengan pemain-pemain PSG ketika berhadapan Man City di perlawanan kedua separuh akhir Champions League pada musim lalu.
PSG players accused referee Bjorn Kuipers of insulting them during their #UCL semi-final defeat to Manchester City 🟥
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 5, 2021
Selepas perlawanan Ander Herrera dan Marco Verratti mendakwa pengadil tersebut memaki mereka dengan kata kesat selepas Angel Di Maria dilayangkan kad merah.
Pengadil dari Belanda itu turut tidak takut berseteru dengan Mauricio Pochettino dalam perlawanan yang sememangnya ‘panas’ itu.
Pengadil terkaya dunia
Selain daripada kontroversi Champions League pada musim lalu, Kuipers juga dikenali sebagai pengadil paling kaya di dunia.
Pada 2016, Kuipers dinilai mempunyai kekayaan mencecah £11.5 juta (RM66.35 juta). Itu nilai kekayaan lima tahun lalu. Hari ini jumlah tersebut pasti sudah berganda.
Selain daripada pengadil, Bjorn Kuipers juga sebenarnya adalah seorang usahawan berjaya dan merupakan pemilik rangkaian pasaraya di Belanda dikenali sebagai Jumbo Store.
Bjorn Kuipers of the Netherlands 🇳🇱 will be the referee for the final at Wembley Sunday night.
A business studies graduate and owns supermarkets.. The richest referee in the world. His chain of supermarkets sponsor F1 ,s Max Verstapen#Info
@EURO2020 @SuperSportTV— baba mthethwa (@hothaata) July 8, 2021
Pengadil ini sememangnya bukan calang-calang orangnya. Beliau adalah lulusan Universiti Radboud di Nijmegen di Belanda di dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Ilmu yang dimiliki digunakan untuk membina perniagaan sendiri sebelum beliau bergelar pengadil profesional lagi.
Selain daripada menjadi pengadil bola sepak, minat Kuipers terhadap sukan turut menjadikan pasaraya beliau menjadi salah satu penaja kepada Max Verstappen di Formula 1.
Match fact.
Bjorn Kuipers, the #ENGSWE ref.
•Owns Jumbo supermarkets in Holland which earns Kshs 296M per year in profits.
•Worth app Kshs 1.36B as at 2016.
•Sponsor Red Bull's Max Verstappen in F1.
•Invented a bottle collecting machine in his shops.
RICHEST.#GIGAFootball pic.twitter.com/saK6Sza5Oj— Kikuyu Pipes (@DrKanyuira) July 7, 2018
Selain daripada pasaraya, Kuipers turut memiliki beberapa buah salun rambut di negaranya. Isteri beliau, Marlies membantu Kuipers membangunkan empayar perniagaan keluarga.
Penutup
Bjorn Kuipers sememangnya meminati bidang pengadilan sejak usia muda. Ia ibarat berada di dalam darah keluarga Kuipers.
Datuk beliau, Andries van Leeuwen, pernah mengendalikan perlawanan Cup Winners’ Cup victory di antara Tottenham dan Atletico Madrid pada 1963.
Sudah tentu kita semua mengharapkan perlawanan akhir Euro 2020 nanti berlangsung dengan menarik dan adil di bawah kendalian Bjorn Kuipers.
Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode
Mikkel Damsgaard: Budak Ajaib Denmark Yang ‘Meletop’ Di Euro 2020