Kenali Omid Musawi, Penyerang Muda Selangor Dari Afghanistan

Selangor secara rasminya telah pun menandatangani penyerang import baharu mereka iaitu Omid Musawi yang kini beraksi bersama skuad simpanan dalam saingan Piala MFL.

Dibawa turun selaku pemain simpanan bersama Selangor 2 ketika bertemu Negeri Sembilan semalam, ramai tertanya-tanya mengenai kelibat Musawi yang sebelum ini tidak pernah diperkenalkan oleh media pasukan itu secara rasmi.

Dalam kalangan peminat, pastinya ada yang tertanya-tanya tentang kelibat pemain tersebut serta rekod beliau sebelum menyarung jersi The Red Giants ketika ini.

Musawi merupakan penyerang kebangsaan Afghanistan yang baru sahaja berusia 23 tahun serta pernah mencipta karier bersama beberapa kelab di Eropah pada awal karier.

Awal karier menyaksikan beliau pernah mewakili FC Twente di Belanda bersama skuad pembangunan kelab itu dengan menampilkan aksi cukup menyakinkan.

Selain itu, Musawi juga pernah menyarung jersi Vitesse, PEC Zwolle, serta Achyronas sebelum beliau sah ditandatangani Selangor untuk mencipta penampilan sulung di Malaysia pada musim ini.

Pemain muda itu turut mencipta penampilan bersama kelab dari Australia iaitu Para Hills Knights serta berjaya merekodkan sejumlah gol bersama kelab tersebut.

Di pentas antarabangsa, pemain serba boleh di posisi serangan itu telah pun diberi peluang beraksi sebanyak 11 penampilan secara keseluruhan untuk skuad senior Afghanistan.

Jika dilihat pada reputasi beliau sebelum ini, jelas ianya merupakan keputusan sangat baik buat Selangor untuk menandatangani khidmat Musawi yang memiliki pengalaman serta rekod gol menyakinkan dari Eropah.

Selepas pasukan itu melepaskan khidmat bekas penyerang dari Jordan iaitu Reziq Banihani, kualiti dimiliki Musawi dilihat mampu mengimbangi kekosongan tersebut.

Malah pasukan tersebut turut mengambil pendekatan lebih bijak untuk memberi ruang kepada Musawi beraksi di pentas Piala MFL terlebih dahulu sebagai persediaan bersama pasukan senior.

Ketika ini posisi serangan Selangor telah pun diisi oleh Ali Olwan (Jordan), Ronnie Fernandez (Chile), Alvin Fortes (Cape Verde), serta Yohandry Orozco (Venezuela).

Melihat pada situasi semasa, Musawi perlu membuktikan kemampuan sebenar beliau jika dirinya ingin cuba untuk merebut tempat bersama skuad senior Selangor pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN