Kenali Manuel Konrad, ‘Kereta Kebal’ Buatan Jerman Taruhan Selangor

Manuel Konrad Selangor FC

Selangor FC telah mengumumkan ketibaan pemain tengah baharu dari Jerman, Manuel Konrad yang melengkapkan kuota lima pemain importnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Berikut adalah latar belakang pemain yang menjadi pilihan Ketua Jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel untuk menambah kekuatan pasukannya.

Remaja berbakat

Pemain kelahiran Illertissen, Jerman Barat ini mempunyai ketinggian 1.87 meter dan diberikan jersi nombor 5. Beliau merupakan pemain serba boleh yang berupaya beraksi di beberapa posisi berbeza dan posisi kegemarannya adalah pemain tengah bertahanan dan pertahanan tengah.

Selangor merupakan pasukan pertama pemain berusia 32 tahun ini di luar Jerman selepas berkelana bersama lima pasukan berbeza di negara kelahirannya itu.

Proses pembangunannya semasa remaja berkembang dengan baik di mana beliau pernah memenangi Liga Jerman bawah 19 tahun (B-19) bagi wilayah Selatan/Barat Daya dengan menjaringkan 12 gol daripada 36 perlawanan.

Selain itu beliau turut menjuarai Kejohanan Bundesliga bawah 19 tahun (B-19) bersama skuad belia SC Freiburg sehingga dipanggil mewakili skuad remaja Jerman B-19 dan B-20 sekitar tahun 2006 sehingga 2008.

Permulaan karier profesional

Kecemerlangannya itu membolehkan beliau diserap ke pasukan simpanan SC Freiburg II ketika usianya baru mencecah 18 tahun dan kemudian diserap pula ke skuad utama dan beraksi di liga divisyen 2 Jerman, 2.Bundesliga di mana Karsten Neitzel merupakan penolong jurulatih pada waktu itu.

Selepas dipinjamkan ke SpVgg Unterhaching selama setengah musim, beliau melengkapkan perpindahanya secara tetap ke kelab selatan Munich tersebut pada Julai 2009 dan sempat beraksi sebanyak 52 perlawanan.

Musim seterusnya beliau mengukuhkan kariernya dengan berkasi bersama FSV Frankfurt selama enam musim dari 2010 hingga 2016 dengan mengumpul 164 penampilan dan kemudiannya berpindah pula ke Dynama Dresden selama dua musim sehinga 2018.

Sewaktu beraksi bersama Dresden di Bundesliga pada 2007, beliau pernah dipilih sebagai pemain kesebelasan terbaik mingguan dan diletakkan sebaris dengan pemain elit lain seperti Pierre-Emerick Aubameyang.

Kelab terakhirnya di Jerman sebelum melebarkan sayapnya ke Asia adalah KFC Uerdingen di mana beliau telah beraksi 65 perlawanan.

Rezeki tak salah alamat

Sebaik sahaja kontraknya tamat pada pertengahan tahun lalu, Manuel Konrad telah dihubungi oleh Pengarah Teknikal Selangor FC, Michael Feichtenbeiner dan juga Karsten Neitzel yang merisik dan meyakinkannya untuk meneruskan kariernya di Malaysia.

“Mereka telah menerangkan tentang matlamat serta falsafah kelab ini dan ia telah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi pemain penting dalam rancangan mereka,” ujar pemain yang lebih selesa dipanggail ‘Manu’ itu.

“Saya yakin Selangor FC dapat bermain dengan cara yang menarik dan bersemangat tinggi dengan falsafah yang dirancang. Ia pasti memerlukan sedikit masa untuk menjayakannya, tetapi jika kita bekerja keras kita mampu melakukan apa sahaja.”

Neitzel percaya bekas pemainnya itu mampu menghadirkan impak positif kepada pasukannya terutama di bahagian pertahanan kerana beliau memiliki fizikal yang bagus dan mencapai tahap kecergasan yang memuaskan.

“Saya telah menyaksikan Manu di SC Freiburg selama dua tahun dan sudah hampir 12 tahun berlalu. Saya yakin kemampuan dan kebolehan beliau mampu menguatkan pasukan Selangor FC bersama pemain-pemain lain,” kata Neitzel.

Penutup

Konrad merupakan pemain baharu keenam bagi skuad utama yang diumum oleh Selangor FC selepas turut memperkenalkan Shahrel Fikir, R. Dinesh, Nik Sharif Haseefiy, Tim Huebach dan Oliver Buff. Dua pemain import lain yang dikekalkan adalah Ifedayo Olesegun dan Safwan Baharudin.

Dengan pemain-pemain import dan tempatan berkualiti yang dimiliki oleh The Red Giants musim ini, mampukah mereka mencabar kejuaraan dengan sekurang-kurangnya membawa pulang satu piala?

Kredit Foto: Selangor FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Selangor FC:

Tim Heubach: Menantikan Keampuhan ‘Tembok Berlin’ Setinggi 1.92 Meter Milik Selangor

Selangor Positif Hadapi Musim Baharu Walaupun Pra-Musim Singkat

Selangor Jadi Destinasi Pertama Oliver Buff Di Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN