Kenali Madam Bo, Dewi Jelita Bola Sepak Yang Pernah Bantu Laos Kejutkan Skuad Brad Maloney

Madam Bo atau nama sebenarnya Pijika Bunkwang kebelakangan ini menjadi topik perbincangan utama di Sukan SEA 2021, dan penampilannya di Hanoi acap kali mencuri perhatian media Vietnam.

Madam Bo bukanlah salah seorang atlet yang mengambil bahagian di temasya dwi tahunan itu. Tetapi beliau disebut dan digelar sebagai dewi bola sepak Laos  – atau penyelamat bola sepak Laos.

Madam Bo dan bola sepak Laos

Kehadiran Madam Bo di dalam bola sepak Laos sememangnya sudah menjadi bualan sejak beberapa bulan lalu.

Kisahnya bermula ketika pertandingan bola sepak domestik Laos, iaitu Lao Premier League menghadapi detik sukar selepas penarikan diri beberapa pelabur – terutamanya oleh syarikat besar dari Vietnam.

Kejadian itu menyebabkan banyak pasukan terpaksa gulung tikar. Secara tidak langsung, pertandingan bola sepak di Laos menjadi malap.

Pada ketika itulah Madam Bo muncul. Merupakan seorang peminat setia Liverpool, beliau juga tidak ingin melihat industri bola sepak di negara sendiri terus malap.

Pada mulanya beliau tampil sebagai pengurus kelab Dragon King FC yang baharu sahaja dibentuk.

Selepas itu Madam Bo juga pernah bergelar Presiden Vientiane United, menjadikannya wanita Laos pertama yang menguasai sebuah kelab bola sepak di negara itu.

Dipendekkan cerita, kesungguhan Madam Mo mulai menjadi perhatian apabila beliau menjanjikan wang bonus sebanyak 40 juta Kip (RM13,481) kepada skuad B-23 Laos jika berjaya meloloskan diri ke separuh akhir kejohanan Piala AFF B-23 2022.

Tidak hairanlah skuad Laos begitu bersemangat. Jika anda masih ingat, Laos berjaya mengejutkan skuad Brad Maloney sebanyak dua kali di kejohanan yang berlangsung pada Februari lalu.

Malangnya perjalanan Laos disekat oleh Thailand selepas itu.

Madam Bo popular di Thailand

Madam Bo juga sebenarnya amat popular di Thailand dan peranan beliau di dalam bola sepak Laos sering kali disamakan dengan Madam Pang, atau nama sebenarnya Nualphan Lamsam.

Seperti Madam Pang, Madam Bo juga adalah seorang usahawan berstatus jutawan.

Beliau adalah pemilik syarikat yang terlibat di dalam bidang hartanah, pembinaan, sewaan dan turut memiliki lapang sasar bermain golf.

Merupakan kacukan Laos-Thailand, membuatkan Madam Bo juga amat popular di Thailand.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN