Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Kenali Lima Pemain Yang Menjadi Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Dalam Saingan Bundesliga

Perseteruan di antara Pierre-Emerick  Aubameyang dan Robert Lewandowski bagi menjadi penjaring terbanyak saingan Bundesliga sudah berakhir apabila Aubameyang memilih untuk berhijrah ke Arsenal pada jendela perpindahan musim sejuk lalu.

Lewandowski kini sedang memimpin carta penjaring terbanyak dengan mencatatkan 20 jaringan.

Namun, lupakan mengenai mereka berdua dan mari kita singkap mengenai 5 penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam Bundesliga.

Claudio Pizarro ( 192 Jaringan )

Pemain kelahiran Peru yang berusia 39 tahun ini masih lagi beraksi dalam Bundesliga ketika ini apabila khidmatnya ditagih pasukan di tangga terbawah liga, FC Cologne.

Pizarro berjaya memecahkan rekod penjaring terbanyak bagi kelab Werder Bremen apabila jaringan penalti yang disempurnakannya ketika menang 3-2 keatas Wolfsburg pada musim 2015/16 telah mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Marco Bode yang menghasilkan 101 jaringan.

Pizarro telah menghasilkan 105 jaringan buat Werder Bremen dan 87 gol liga ketika bersama Bayern Munich untuk menjadikannya sebagai pemain ke-5 mencatatkan jumlah jaringan terbanyak sepanjang zaman dalam saingan Bundesliga.

Manfred Burgsmuller ( 213 Jaringan )

Bundesliga

1980/1981, Rhine Stadium, Fortuna Duesseldorf versus Borussia Dortmund 2:2, scene of the match, team leader Manfred Burgsmueller (BVB) scores the 1:1 equaliser goal by diving header, left Egon Koehnen (Fortuna) (Photo by Werner OTTO/ullstein bild via Getty Images)

Burgsmuller berkeupayaan untuk beraksi di posisi tengah dan penyerang. Sepanjang 17 musimnya dalam Bundesliga, beliau berjaya menjaringkan 213 gol dari 447 penampilan dalam saingan liga.

Musim 1987/88 merupakan pencapaian hebat buat Burgsmuller dan Werder Bremen apabila berjaya menjuarai Bundesliga sekaligus menghalang kemaraan Bayern Munich untuk menjadi juara buat kali ke-4 berturut-turut.

Jaringan tertinggi dalam satu musim yang berjaya dilakukanya adalah pada musim 1980/81 apabila Burgsmuller menyumbat 27 gol. Pemenang kasut emas ketika itu adalah legenda Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge dengan 29 jaringan dihasilkan.

Pemain yang lahir pada 22 Disember 1949 itu menyertai American Football selepas bersara dari kancah bola sepak pada tahun 1996.

Jupp Heynckes ( 220 Jaringan )

1974/1975, Stadium am Boekelberg, Borussia Moenchengladbach versus MSV Duisburg 4:1, Jupp Heynckes (MG) rejoicing at his header goal to 4:1, keeper Dietmar Linders (MSV) is beaten (Photo by Werner OTTO/ullstein bild via Getty Image

Heynckes yang kini merupakan pengurus Bayern Munich telah menikmati musim gemilang dalam bola sepak sebagai pemain bersama Borussia Monchengladbach.

Monchengladbach berjaya mengecapi kejuaraan pertama Bundesliga pada musim 1969/70, sekembalinya beliau dari Hannover 96 pada musim 1970/71 untuk bersama kelab tersebut, Heynckes telah berjaya membantu kelab itu menjadi pasukan pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan liga buat dua tahun berturut-turut.

Beliau turut berjaya menghasilkan 19 gol dalam 33 perlawanan pada musim berkenaan.

Musim 1974/75 menyaksikan Heynckes meraih anugerah pemenang kasut emas Bundesliga apabila menyumbangkan 27 gol dalam satu musim.

Klaus Fischer ( 268 Jaringan )

Klaus Fischer (Schalke 04, white jersey) is scoring Schalke’s second goal (away) with a bicycle kick in a 2:2 draw against ‘Karlsruher SC’. The Goal won the ‘Goal of the Year 1975’ Award – (Photo by Seyboldt/ullstein bild via Getty Images)

Pemain ini pernah beraksi bersama TSV 1860 Munchen, Schalke 04, FC Cologne dan VFL Bochum. Merupakan seorang pemain yang terkenal dengan sepakan ‘bicycle kick’.

Kemuncak prestasi hebat yang ditampilkan oleh Fischer adalah ketika bersama Schalke 04 apabila beliau telah berjaya menghasilkan 182 jaringan ketika bersama kelab tersebut.

Fischer telah meledakkan 29 gol pada musim 1975/76 untuk menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak liga setahun selepas Juup Heynckes meraih gelaran tersebut.

Gerd Muller ( 365 Jaringan )

Gerd Muller of Bayern Munchen during the Bundesliga match between Sarrenbruck and Bayern Muenchen on April 16, 1977, in Sarrenbruck, Germany. ( Photo by Michel Barrault / Onze / Icon Sport via Getty Images )

Dilabelkan sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia, Gerd Muller membuktikannya dengan jaringan yang telah dihasilkannya dalam saingan Bundesliga.

Satu rekod yang amat sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana pemain yang masih aktif beraksi buat masa ini dan sudah pastinya akan mengambil masa yang sangat lama buat seseorang pemain untuk memecahkannya.

Muller telah menabur bakti bersama Bayern Munich selama 15 tahun. Sepanjang 427 perlawanan liga yang dilaluinya, Muller berjaya mengukir nama selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam Bundesliga dengan 365 jaringan.

7 anugerah kasut emas yang dimiliki dalam saingan liga sudah cukup untuk menjelaskan mengenai kewibawaan penyerang prolifik ini.