Kenali Kelab Paling Teruk Di Britain Yang Dibimbing Pakar Football Manager, Penyokong Ultras Pula Wajib Ditemani Ibu-Bapa

Fort William FC dianggap sebagai kelab bola sepak paling teruk di Britain kerana keputusan perlawanan sebelum ini.

Musim 2021-22 misalnya, Fort William gagal memenangi sebarang perlawanan yang dilalui dan menduduki kedudukan terbawah Highland League – iaitu saingan bola sepak divisyen ke-5 di Scotland.

Seperti mana kelab-kelab bola sepak yang lain, Fort Williams FC juga mempunyai kumpulan penyokong garis keras yang biasanya kita semua kenali sebagai Ultras.

Syarat khas untuk Ultras

Kelab ini sekali lagi mencuri tumpuan setelah tindakan mereka tidak membenarkan kumpulan penyokong garis keras Ultras daripada menghadiri perlawanan di tempat sendiri.

Larangan tersebut tidak dilakukan secara terus tetapi mempunyai syarat-syarat khas yang perlu dituruti jika ingin menonton atau menyokong pasukan dari stadium.

Sebaliknya mana-mana penyokong dari kumpulan ultras ingin menghadiri perlawanan membabitkan kelab tersebut, mereka harus ditemani oleh salah seorang ibu bapa.

Arahan yang dikeluarkan oleh Pengerusi kelab, Peter Murphy itu sebenarnya bukan baharu dan mulai berkuat kuasa pada Mac 2020.

Syarat tersebut terpaksa dilaksanakan selepas beberapa kelakuan tidak senonoh dari kumpulan penyokong tersebut – rata-rata anak muda – yang menimbulkan masalah di Claggan Park.

Hanya jika mereka hadir ditemani oleh ibu bapa atau penjaga, penyokong-penyokong yang sudah dikenal pasti ini tidak akan dibenarkan memasuki stadium.

Kenyataan daripada pihak kelab berbunyi:

“Selepas beberapa kelakuan ‘yang tidak boleh diterima’ dilakukan oleh kumpulan penyokong ultras dalam beberapa perlawanan pada musim ini, kelab mengambil keputusan menggantung mereka daripada menghadiri perlawanan di tempat sendiri.

“Tetapi mereka hanya dibenarkan masuk jika ditemani oleh ibu bapa/penjaga.”

Kelab paling teruk di dunia?

Merupakan kelab paling teruk di Scotland dan Britain, Fort William FC juga mungkin merupakan kelab paling teruk di dunia.

Ini kerana kali terakhir Fort William FC merekodkan kemenangan adalah pada 31 Julai 2019. Secara keseluruhan kelab tersebut sudah tidak merasai kemenangan lebih dari dua tahun. Tiga tahun sebelum ini, mereka pernah merekodkan 840 hari tanpa sebarang kemenangan.

Pada musim ini Fort William FC sekadar mampu mengutip satu mata setakat ini, hasil satu seri dan tewas semua 15 perlawanan lain yang diharungi setakat ini.

Berjaya menjaringkan 18 gol, pasukan itu bagaimanapun telah dibolosi 87 gol dari 16 perlawanan, iaitu purata 5.4 gol untuk setiap 90 minit perlawanan!

Pelbagai usaha telah digunakan untuk meningkatkan prestasi kelab ini di atas padang. Selepas Krismas pada Disember lalu, kelab tersebut melantik seorang jurulatih yang merupakan pakar Football Manager.

Walaupun menggemari permainan tersebut, Shadab Iftikhar yang berasal dari Mongolia sebenarnya adalah seorang jurulatih yang mempunyai lesen kejurultihan UEFA dan pernah berguru dengan jurulatih skuad kebangsaan Belgium, Roberto Martinez.

Sukar membayangkan sebuah kelab di Eropah melantik seorang jurulatih dari Asia Timur. Ia mungkin satu lagi idea pelik kelab ini. Tetapi siapa tahu ia mungkin mampu menyelamatkan mereka daripada label kelab paling teruk pernah wujud di muka bumi ini.

Sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai penyokong setia yang terdiri daripada kumpulan ultras.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN