Kenali Jude Bellingham, Remaja 17 Tahun Yang Buat Ferguson Kempunan Kerana Sertai Dortmund

Jude Bellingham Borussia Dortmund

Tiga kelab Inggeris yang mara ke suku akhir Champions League pada musim ini. Namun antara pemain Inggeris yang mencuri tumpuan adalah pemain berusia 17 tahun, Jude Bellingham yang beraksi bersama Borussia Dortmund.

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, produk akademi Birmingham City ini sekali lagi cemerlang meletakkan Dortmund di hadapan dengan gerakan menarik menewaskan Ederson.

Tiada keraguan lagi Bellingham akan menjadi salah seorang bakat terbesar di Eropah yang akan menjadi ikutan kelab-kelab elit eropah satu hari nanti. Langkah Bellingham mengikut jejak langkah Jadon Sancho ke Bundesliga bagaimanapun cukup untuk menjelaskan kelab Premier League bukan platform terbaik untuk memberikan pendedahan kepada pemain muda.

Siapa Jude Bellingham?

Bellingham mencipta sejarah kelab pada 6 Ogos 2019 apabila pada usia 16 tahun 38 hari tampil sebagai pemain termuda menyarung jersi skuad senior.

Penampilan itu memecahkan rekod yang dicipta oleh Trevor Francis pada 1970, apabila Bellingham turun beraksi dalam perlawanan Piala Carabao menentang Portsmouth.

Pada hujung bulan itu pula, Bellingham memecahkan satu lagi rekod milik Francis untuk menjadi penjaring termuda kelab – tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan ke atas Stoke City.

Mereka yang pernah mendidik Bellingham di akademi bola sepak Birmingham sebenarnya tidak terkejut dengan pencapaian pantas pemain ini bersama skuad senior.

“Ketika Jude [Bellingham] menyertai kumpulan unur 12 tahun, ia amat jelas beliau belajar perkara dengan pantas. Beliau menunjukkan respon yang cepat di dalam latihan dan perlawanan,” kata pengurus akademi Birmingham, Kristian Speakman kepada BBC.

“Beliau sentiasa cepat menyesuaikan diri bermain dengan kelompok peringkat usia yang lebih tinggi kerana beliau adalah pemain yang mempunyai kepintaran luar baiasa.”

Pada usia 13 tahun Bellingham sudah mewakuli England Bawah 15 Tahun dan telah menulis sebuah rencana mengenai debut nbeliau menentang Turki di St.George’s Park – yang dimuat naik ke dalam website sekolah.

“Mata saya tidak berkerdip kerika melihat jersi England yang dikhususkan kepada saya terlipat kemas di hadapan mata,” tulis Bellingam yang selepas itu dilantik selaku kapten skuad Three Lions Bawah 17 Tahun.

“Perasaan memijakkan stud kasut ke permukaan padang dengan jersi rasmi England harus diketepikan sementara untuk memberikan fokus terhadap tugas yang diberikan.

“Kegembiraan adalah satu-satunya perkataan yang boleh membayangkan hari yang indah ini,” tulisnya lagi pada ketika itu.

Siapa sangka hanya dua tahun selepas itu Bellingham kemudiannya adalah pemain utama Birmingham dan perlawnanan terakhir menentang Middlesbrough sebelum ini dikatakan telah mengundang separuh dari eropah (wakil kelab) untuk memantau aksi beliau.

Tolak Manchester United untuk ke Dortmund

Jude Bellingham pernah menjadi pemain idaman Manchester United. Namun Borussia Dortmund sentiasa dilihat sebagai kelab yang amat sesuai untuk Bellingham meraih potensi sebenarnya.

Dortmund hanya perlu membayar £22.8 juta (termasuk add on) untuk pemain berusia 17 tahun dan memiliki 41 penampilan di dalam Championship. Buat masa sekarang prestasi Bellingham bersama kelab Jerman itu dianggap mengujakan.

BVB ternyata beruntung berjaya membawa masuk Bellingham selepas pemain itu turut dipancing pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester United yang telah memantau perkembangannya sejak sekian lama.

Timbul persoalan mengapa kapten skuad England bawah 17 tahun (B-17) itu menolak untuk menyertai The Red Devils sekalipun beliau dan keluarganya sebelum ini pernah dibawa melawat Kompleks Latihan Aon di Carrington dan dipertemukan dengan legenda kelab, Sir Alex Ferguson.

Bukan lagi satu rahsia, jurulatih dan pasukan pencari bakat United telah memantau perkembangan pemain tengah itu sejak lebih dua tahun dan telah membina hubungan yang baik dengan keluarganya.

https://twitter.com/SPaddockFC/status/1237056887490785285

Secara dasarnya, Bellingham mungkin boleh mendapat wang yang jauh lebih banyak sekiranya mengambil keputusan untuk kekal di England dan berpindah ke Manchester, tetapi ada beberapa faktor yang menyebabkan beliau keberatan apabila mengambil kira perkembangan kariernya.

Dengan keberadaan Paul Pogba di Old Trafford yang tentunya akan terus menjadi pilihan utama, peluang Bellingham untuk mendapatkan minit permainan yang tinggi tentunya sukar.

Tambahan pula di posisi yang sama ada pemain-pemain lain seperti Scott McTominay, Nemanja Matic dan Fred yang semuanya bersaing hebat bagi merebut tempat di bahagian tengah United di samping Pogba dan Bruno Fernandes.

Debut beliau bersama Dortmund di Piala Jerman menyaksikan Bellingham menjaringkan gol dan menghasilkan satu assist.

Kelihatan matang berbanding usianya, Bellingham kini dilihat berjaya menyesuaikan kehidupan di luar England, sedang belajar menguasai Bahasa Jerman dan mengambil lesen memandu.

Panggilan oleh The Three Lions

Prestasi menarik Jude Bellingham menyebabkan beliau pantas mendapat perhatian pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate.

Debut Bellingham bersama skuad England ialah pada November lalu apabila beliau tampil selama 17 minit sebagai pemain gantian dalam satu perlawanan persahabatan menentang Rebpublik Ireland.

Bellingham turut beraksi selama 44 minit dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini ketika England menewaskan San Mariono 5-0.

Penutup

Jude Bellingham boleh dikatakan telah memulakan karier profesional beliau dengan baik sejak usia muda. Pemilihan kelab yang tepat untuk meneruskan kesinambungan pembangunan bakat juga adalah aspek penting bagi pemain seusia Bellingham.

Kini amat penting untuk beliau terus konsisten dalam usaha memenuhi potensi sebagai seorang pemain profesional yang berjaya pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN