Sebutkan sahaja nama Marcelo Bielsa, kami yakin peminat dan pengikut bola sepak Inggeris akan terbayangkan papan meja taktikal di Leeds United.
Bielsa dianggap seperti simbol kepada Leeds United setelah pengurus dari Argentina itu berjaya mengembalikan kelab itu ke saingan Liga Perdana Inggeris selepas 16 tahun hilang dari saingan divisyen pertama.
Namun di kalangan penyokong Leeds, Bielsa bukan satu-satunya individu yang dilihat sebagai duta dan simbol kepada kelab kebanggaan mereka itu. Seorang lagi individu yang turut menjadi kebanggaan penyokong Leeds ialah penyampai Leeds United TV, Emma Jones.
Kenali Emma Jones
Emma Jones adalah penyampai radio di stesen radio Signal 1 Staffordshire and South Cheshire, dan juga penyampai Leeds United TV.
Beliau mula bertugas sebagai pemyampai TV dan radio selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan dan Komunikasi Massa (Master degree in Booadcast Journalism) di Universiti Staffordshire.
Selain daripada tugasan bersama Signal 1 dan Leeds United TV, Emma Jones turut mengambil pekerjaan secara freelance bersama Channel 5 dan Greater Manchester Staion Key 103.
View this post on Instagram
First day back at Elland Rd since it became a Premier League ground ?
A post shared by Emma Jones (@eljonesuk) on
Populariti Emma Jones
Populariti Emma Jones di kalangan penyokong Leeds United meningkat pada 2017 selepas menyertai pasukan media kelab itu sebagai penyampai TV.
Tidak sukar untuk tidak menyukai Emma. Rupa paras yang cantik pasti akan menyebabkan mana-mana peminat dan penyokong khususnya dari kalangan lelaki terpukau.
Percaya atau tidak, wanita dengan rambut perang ini pada mulanya tidak berminay dengan bola sepak. Namun sejak menyertai Leeds United, bola sepak telah menjadi sukan No.1 di dalam hati Emma.
Bersama Leeds, antara tugasan Emma ialah untuk melakukan wawancara pemain dan jurulatih sebelum dan selepas permainan untuk siaran secara streaming oleh Leeds United kepada penyokong mereka dari seluruh dunia.
“Saya tidak pernah mengemari bola sepak sebelum ini. Tapi sejak menyertai Leeds, saya jadi suka! Atmosfera perlawanan, kegairahan ketika perlawanan, membuatkan saya menjadi penonton paling kecoh di grandstand,” kongsi Emma mengenai pengalamannya.
Pengalaman dalam bidang penyiaran
Tidak semuanya manis untuk Emma Jones dalam bidang yang amat diminatinya ini. Pada 2016, misalnya, terdapat individu tidak bertanggungjawab menggunakan gambar dan identitinya untuk membuat akaun palsu di Tinder.
Menurut The Sun, akaun palsu tersebut menggunakan nama samaran Anna dan kononnya beliau bekerja di supermarket. Ada juga yang berpura-pura beliau bekerja sebagai pramugari dan juga di bahagian jualan. Semuanya itu dilakukan untuk tujuan penipuan.
Nama Jones menjadi semakin terkenal di England selepas ditugaskn untuk membuat liputan perlawanan pembukaan Piala Dunia membabitkan perlawanan England menentang Costa Rica.
Nama Emma Jones pantas menjadi viral di kalangan pengguna media sosial selepas itu.
Penyokong Leeds United pasti gembira mengetahui Emma masih lagi berstatus bujang. Namun dengan penampilan secantik ini, sudah pasti status tersebut tidak akan lama jika disunting lelaki idalam hatinya.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola)
Baca artikel menarik yang lain mengenai Leeds United melalui pautan di bawah:
Sebuah Jalan Di Leeds Dinamakan Semula Kepada Marcelo Bielsa
Leeds United Guna ‘Osama Bin Laden’ Untuk ‘Psiko’ Pemain Lawan?