Nama Charles De Ketelaere mungkin tidak begitu dikenali oleh peminat bola sepak di Malaysia, tetapi pemain muda dari Belgium ini telah dicanang sebagai prospek yang bakal mencorakkan masa depan bola sepak Eropah.
Mendapat didikan dan asuhan dari akademi Club Brugge sejak kecil, pemain berusia 21 tahun ini telah mencuri tumpuan kelab-kelab elit Eropah dengan persembahannya sama ada di kelab mahupun ketika mewakili Belgium di setiap peringkat umur.
De Ketelaere semasa kecilnya adalah seorang pemain tenis yang berbakat. Tetapi pada usia 10 tahun, tetapi mula memfokusnya minatnya kepada sukan bola sepak selepas terinspirasi dengan kebangkitan skuad kebangsaan Belgium.
Baka penyerang moden
Beliau merupakan pemain yang serba boleh di bahagian serangan. Semasa di peringkat remaja, beliau sering diletakkan sebagai penyerang utama. Namun ketika ini beliau dilihat selesa dengan peranan pemain nombor 10 dan sayap kiri.
[THREAD] Video Breakdown:
Charles De Ketelaere – UCL 2021/22
Position: CF, SS, AM
Age: 20 (2001)
Nationality: Belgium
Team: Club Brugge
Height: 6'3,5" / 192 cm
Preferred foot: left (79%) pic.twitter.com/2897zgJXDo— NS (@NSftbl) October 27, 2021
De Ketelaere membuat debut pada usia 18 tahun bersama skuad utama Club Brugge pada September 2019 apabila beraksi penuh untuk aksi Piala Belgium berdepan Francs Borains.
Sebulan kemudian, beliau membuat penampilan pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG) diturunkan dalam kesebelasan utama.
Musim berikutnya, De Ketelaere membuktikan keupayaan, bakat dan potensi yang dimilikinya apabila beraksi dalam 38 perlawanan liga dan menjaringkan empat gol selain menyumbang enam bantuan jaringan.
Charles De Ketelaere is one of the hottest prospects in European football. Milan and Leeds are both fighting for his signature at the moment. Goals like this show exactly why the 21 year old is such hot property! #TalentThursday pic.twitter.com/Oe0DebWG8B
— The Set Pieces (@thesetpieces) July 14, 2022
Dalam tempoh itu, Brugge menjuarai Liga Belgium dua kali berturut-turut, lantas melonjakkan lagi ‘saham’ pemain muda ini di pentas Eropah.
Musim 2021/22, rekod dan prestasi De Ketelaere jauh lebih menakjubkan di mana beliau telah menjaringkan 13 gol serta menyumbang lapan bantuan jaringan dalam semua pertandingan.
Ia melihatkan definisi sebenar seorang penyerang moden, bukanlah seorang penjaring gol tulen, bukan juga seorang pencipta gol sejati, tetapi mempunyai keseimbangan kepada kedua-dua elemen tersebut.
Dengan ketinggian 1.91 meter, ia jelas menjadi kelebihan buat seorang penyerang apatah lagi beliau mempunyai kepantasan dan ketangkasan yang mampu mengatasi pemain lawan.
Kebanyakan pemerhati memuji keupayaan untuk membuat keputusan yang cepat dalam ruang yang terhad di hadapan gol lawan sehingga mampu memilih sama ada mahu membuat penyudah mahupun membuat hantaran akhir yang memerangkap pertahanan lawan.
Prestasi cemerlangnya tidak terhenti di perngkat kelab. Walaupun pada usia muda, De Ketelaere telah membuka akaun jaringannya di peringkat antarabangsa hanya selepas membuat penampilan keduanya bersama skuad kebangsaan Belgium ketika berdepan Itali, salah satu pasukan dengan rekod pertahanan terbaik di dunia.
EUROPE: UEFA Nations League ⚽2021 #ITA #BEL
Italy 2: 1 Belgium
Charles de Ketelaere (Belgium), scores a goal. pic.twitter.com/FZ4OiOwBfs— Jenssen (@jenssen_jonas) October 10, 2021
Menjadi buruan
September tahun lalu, beliau telah pun menandatangani lanjutan kontrak bersama Club Brugge sehingga Jun 2024.
Ini bermaksud kelab Belgium berkenaan berupaya untuk meletakkan harga yang tinggi kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkannya pada musim panas ini. Menurut beberapa laporan media, pemain muda tersebut kini sedang menanti untuk berhijrah ke AC Milan.
💭 Not every player "dreams" of playing in the Premier League…
According to reports, Charles De Ketelaere is about to snub Premier League interest as he only has eyes for Serie A champions AC Milan 🔴⚫️
Looks like the "new Kevin De Bruyne" is heading to Italy this season 🇮🇹 pic.twitter.com/5p0qR540PA
— GiveMeSport (@GiveMeSport) July 19, 2022
Dua individu penting di Milan, Paolo Maldini dan Ricky Massara selaku pengarah teknikal dan pengarah bola sepak telah pun bercakap dengan pegawai eksekutif kelab Ivan Gazidis serta pihak pengurusan untuk segera mendapatkan pemain berbakat besar ini.
Milan dipercayai telah membuat bidaan awal sekitar €35 juta dan kemudian telah meningkatkan nilai tersebut. Namun beberapa kelab lain seperti Arsenal, Chelsea dan Lazio juga sedang menanti peluang untuk mendapatkan khidmatnya.