Karier seorang pemain bola sepak pada hari ini boleh menjangkau lebih dari 20 tahun. Sepanjang tempoh itu, sukar untuk membayangkan seorang pemain mampu mengawal perasaan ketika di dalam padang permainan.
Seperti anda dan saya, pemain bola sepak juga adalah manusia biasa dan adakalanya mereka juga hilang pertimbangan kerana perasaan amarah.
Sebagai pemain bola sepak, mereka akan berhadapan situasi dengan pelbagai cabaran yang boleh menaikkan adrenalin seperti keputusan pengadil yang kontroversi, sikap penyokong, dan juga provokasi pemain lawan.
Situasi sebegini menyebabkan pemain terhebat dunia seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sendiri tidak terkecuali daripada layangan kad merah apabila gagal mengawal perasaan di dalam padang.
Namun demikian lain halnya dengan lima pemain ini yang tidak pernah dilayangkan kad merah sepanjang karier mereka. Siapakah pemain-pemain luar biasa ini?
GARY LINEKER
Pemain pertama di dalam senarai ini ialah bekas penyerang antarabangsa England, Gary Lineker.
Di peringkat kelab, Lineker pernah beraksi bersama pasukan seperti Leicester, Everton, Tottenham Hotspur dan Barcelona.
RETRO DAY: Is right @GaryLineker! Find out more about Saturday's #EFCRetro Day here: https://t.co/pz6JewZxuQ pic.twitter.com/Iaw39bHkGf
— Everton (@Everton) November 17, 2015
Sepanjang tempoh bergelar pemain profesional, beliau telah beraksi dalam 567 perlawanan dan telah menjaringkan 281 gol untuk pasukan-pasukan yang diwakilinya.
Bukan sahaja Lineker adalah penyerang prolifik di hadapan gol, beliau juga tidak pernah dilayangkan kad merah sepanjang kariernya. Lebih menakjubkan, Lineker turut tidak pernah dilayangkan kad kuning oleh pengadil dalam mana-mana perlawanan yang beliau beraksi.
DAMIEN DUFF
Pemain sayap Ireland, Damien Duff telah melalui karier yang panjang di Liga Perdana Inggeris dan pernah beraksi bersama Blackburn, Chelsea, Newcastle United dan Fulham sebelum menyertai Melbourne di A-League.
🎉 Wishing former Blue Damien Duff a very happy 4⃣0⃣th birthday! pic.twitter.com/2cGfOHVYOw
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 2, 2019
Walaupun beraksi di dalam 632 perlawanan – menjaringkan 83 gol sepanjang 18 tahun – beliau tidak pernah menerima arahan keluar padang.
Memiliki lebih dari 100 caps untuk pasukan negaranya, penampilan Duff di perlawanan antarabangsa turut suci murni, tanpa sebarang layangan kad merah.
RAUL
Pemain legenda Sepanyol melalui karier yang amat menakjubkan bersama Real Madrid dan negaranya.
Beliau pernah membantu Los Blancos menjuarai La Liga, UEFA Champions League, dan Euro B-21, selain deretan anugerah individu dan rekod yang dipegangnya.
ON THIS DAY: In 1994, Raúl made his Real Madrid debut.
741 games ⚪️
323 goals ⚽️
16 trophies 🅰️A legend for Los Blancos. 🙇 pic.twitter.com/fpPO7PdT2n
— Squawka (@Squawka) October 29, 2017
Satu-satunya yang tiada di dalam senarai kariernya ialah arahan keluar padang.
Mengambil kira jumlah perlawanan yang mencecah 932 kali di peringkat kelab, dan 102 kali untuk skuad kebangsaan Sepanyol, ia boleh dianggap pencapaian yang luar biasa.
RYAN GIGGS
Bintang Wales, Ryan Giggs telah beraksi tidak kurang dari 963 perlawanan untuk Manchester United dalam semua pertandingan. 672 daripadanya adalah dari pertandingan liga, dan 157 lagi adalah perlawanan di peringkat eropah.
Walaupun beraksi bersama pasukan yang dicop sebagai ‘Setan Merah’ selama 24 tahun, Giggs bagaimanapun tidak pernah dilayangkan kad merah sepanjang karier beliau di peringkat kelab.
Ryan Giggs, tearing Liverpool apart, 1996. pic.twitter.com/kikWscajzI
— Manchester United Snapshot (@ManUtdSnapshot) January 16, 2021
Satu-satunya ketika yang boleh mencemarkan rekod itu ialah ketika Giggs beraksi untuk Wales dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Norway.
Beliau dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-86 untuk arahan keluar padang. Di sebalik insiden tersebut, ia tidak menggugat langsung rekod luar biasa Giggs di peringkat kelab.
ANDRES INIESTA
Andres Iniesta adalah salah seorang pemain yang dihiasi dengan trofi sepanjang karier profesional di peringkat kelab dan antarabangsa.
Bekas pemain Barcelona ini telah melakukan lebih dari 750 penampilan untuk kelab dan negara.
On this day in 1996, a 12-year-old Andres Iniesta made his debut for Barcelona's iconic La Masia academy.
He made 758 appearances for the first team, won 32 trophies and left a legend 22 years later 💙❤️ pic.twitter.com/TI5UmIutxS
— B/R Football (@brfootball) October 6, 2020
Di sebalik karienya yang penuh illustrasi, Iniesta tidak pernah menerima arahan keluar padang dari pengadil.
Keperibadian beliau yang tenang turut ditunjukkan di dalam permainan di bahagian tengah padang adalah aset utama kepada pasukan.
PHILIPP LAHM
Nama Philipp Lahm mungkin adalah yang terhebat di dalam senarai ini kerana tidak pernah diarahkan terus ke bilik persalinan kerana ad merah.
Mengapa kami berkata demikian? Ini kerana sepanjang tempoh bergelar pemain profesional, pemain legeda beraksi sebagai pemain pertahanan dan ada kala mengisi posisi pemain tengah bertahan.
Bayern Munich captain Philip Lahm to retire at end of season #bayern #munich #captain #philip #retire #season https://t.co/mj5KJ7DqYD pic.twitter.com/yVhCR9a0eo
— Trends Zone (@Trends_Zone) February 8, 2017
Seperti yang kita tahu tugas seorang pemain pertahanan adalah untuk menyekat pemain penyerang lawan. Adakalanya pemain pertahanan perlu mengasari lawan dalam usaha mematahkan serangan.
Walaupun beraksi dalam 613 perlawanan untuk Bayern Munich, dan 113 kali untuk negaranya, Lahm tidak pernah dilayangkan kad merah sebarang kariernya yang penuh illustrasi.
Penutup
Anda tahu mana-mana bintang bola sepak lain yang tidak pernah menerima kad merah sepanjang karier mereka?
Kongsikan dengan kami.