Kenali 4 Pemenang Anugerah Jaringan Gol Terbaik Dalam Saingan Piala Dunia FIFA

gol

Laman web rasmi FIFA telah mengumumkan jaringan daripada pemain pertahanan Perancis, Benjamin Pavard dipilih sebagai Jaringan Terbaik Kejohanan Piala Dunia 2018.

Jaringan yang dihasilkan oleh pemain berusia 22 tahun itu telah mendapat undian tertinggi dari pengunjung laman web tersebut.

Anugerah jaringan terbaik Piala Dunia (Goal of the Tournament) mula diperkenalkan pada edisi Piala Dunia ke-18 yang diadakan di Jerman, dengan pemain Argentina, Maxi Rodriquez muncul sebagai pemenang selepas dipilih selaku penerima pertama anugerah tersebut.

Sejak ianya diperkenalkan, empat pemain telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang di setiap edisi kejohanan. Siapakah mereka ?

1. Maxi Rodríguez (Piala Dunia 2006)


Pemain Argentina, Maxi Rodríguez terpilih sebagai “Man of The Match” oleh FIFA selepas mempamerkan penampilan yang cemerlang dengan membantu pasukannya menewaskan Mexico 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2006.

Gol pada minit akhir perlawanan oleh Rodríguez telah berjaya menyingkirkan Mexico.

Lebih bermakna, gol itu turut dianugerahkan sebagai gol terbaik kejohanan oleh FIFA.

Perlawanan yang ketika itu seakan-akan bakal bersambung ke masa tambahan telah berubah situasi apabila Rodríguez meledak gol dengan melakukan sepakan voli terus ke gawang gol menewaskan penjaga gol Mexico.

Berdasarkan hasil kajian yang dibekalkan DailyMail, jaringan voli Maxi Rodríguez telah berada ditempat ke-6 sebagai gol paling tercantik pernah dihasilkan dalam sejarah Piala Dunia.


2. Diego Forlán (Piala Dunia 2010)

Diego Forlan celebrates scoring his fifth goal of the 2010 World Cup against Germany

Jerman berjaya merangkul tempat ketiga selepas menewaskan Uruguay 3-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Perlawanan berlangsung dengan penuh dramatik yang turut menyaksikan persaingan diantara dua pemain iaitu Diego Forlán dan Thomas Müller bagi perebutan anugerah kasut emas (penjaring gol terbanyak) kejohanan.

Walaupun skuad Uruguay tewas dalam perlawanan tersebut, ianya sikit terubat dengan hasil jaringan cantik penyerang mereka Deigo Forlán pada minit ke-51.

Hantaran lintang yang dilakukan pemain tengah Uruguay, Egidio Arévalo tidak dipersia-siakan oleh Forlán apabila beliau terus melakukan sepakan voli menerjah gawang gol Jerman.

Bola sepakan Forlán terlebih dahulu terkena tanah sebelum melantun masuk ke gawang gol yang gagal diselamatkan penjaga gol Jerman, Hans-Jörg Butt.

Jaringan tersebut juga telah mengangkat nama Forlán untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia 2010.

3. James Rodriquez (Piala Dunia 2014)

Colombia midfielder James Rodriguez celebrates after scoring the opening goal against Uruguay in the Round of 16

Gol voli penyerang Colombia, James Rodriquez telah berjaya dipilih sebagai gol tercantik di Piala Dunia 2014.

Ia sekaligus telah berjaya mengenepikan 14 calon gol terbaik kejohanan termasuk gol tandukan terbang dari pemain Belanda, Robin van Persie.

Rodriguez berjaya mencetak gol tersebut ketika pasukannya berdepan Uruguay di peringkat pusingan kedua.

Gol tersebut terhasil pada minit ke-27 perlawanan apabila Rodriguez berjaya menyambut bola dengan dadanya hasil tandukan rakan sepasukan sebelum melepaskan voli dari jarak 22 meter ke gawang gol.

Ledakan voli tersebut meluru terus ke bawah palang gol dan memasuki jaring, sekaligus tidak mampu dihalang oleh penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera.

Gol dengan gaya menarik itu juga turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskás FIFA pada tahun 2014.

4. Benjamin Pavard (Piala Dunia 2018)

during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia.

Benjamin Pavard antara pemain utama yang membantu Peracis menjuarai Piala Dunia 2018.

Pemain berusia 22 tahun itu mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh Didier Deschamps untuk mengisi posisi utama pertahanan kanan pasukan.

Pavard tidak mempersiakan kepercayaan yang diberikan dengan mempersembahkan penampilan yang menakjubkan sepanjang kejohanan.

Beliau berjaya menyumbangkan satu gol buat Perancis ketika membantu pasukannya menewaskan naib juara 2014, Argentina di peringkat kalah mati.

Gol tersebut terhasil pada minit ke-57 apabila Pavard berjaya mencuri peluang hantaran lintang Lucas Hernandez dengan melepaskan rembatan separa voli ke arah gawang gol Argentina.

Rembatan voli kaki kanan beliau berjaya menerjah ke penjuru gawang yang gagal diselamatkan penjaga gol, Franco Armani.

Gol tersebut menyaksikan Perancis kembali mengikat Argentina 2-2 sekaligus berjaya menyuntik semangat pasukan Les Blues untuk memenangi perlawanan tersebut.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN