Kenali 10 ‘G.O.A.T’ Yang Jadi Korban, Dan Kempunan Bergelar Juara Piala Dunia

Greatest of All Time (G.O.A.T). Demikianlah peminat sukan bola sepak dari seluruh dunia menggelarkan pemain terhebat sepanjang zaman.

Berikut adalah 10 G.O.A.T yang kempunan untuk menjuarai Piala Dunia.

1. Lionel Messi (Argentina)

Lionel Messi berada di senarai teratas di dalam artikel ini tidak ada kena mengena dengan ranking pemain ini sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Namun berdasarkan kebolehan, siapa di antara kita yang mampu menafikan Messi sebagai antara pemain terbaik dunia generasi ini.

Pada usia 31 tahun, Messi tewas dalam 3 perlawanan akhir di kejohanan utama dunia, termasuk Piala Dunia 2014.

Selepas disingkirkan Perancis di pusingan 16 pasukan terbaik, masa hadapan Messi bersama Argentina mulai menjadi tanda tanya.

Pada usia 31 tahun, Messi akan berusia 35 tahun jika masih beraksi bersama Argentina di Piala Dunia akan datang.

2. Cristiano Ronaldo (Portugal)

Berbanding Messi, Cristiano Ronaldo sekurang-kurangnya mampu berbangga dengan kejuaraan Euro 2016 yang diraih di Perancis.

Bersama Portugal, bintang Real Madrid ini juga adalah inspirasi untuk pasukan kebangsaan. Beliau memulakan kejohanan di Rusia dengan ledakan hatrik.

Namun demikian, Ronaldo akhirnya terpaksa akur bahawa Piala Dunia 2018 bukan pentas buatnya selepas Portugal tewas 2-0 kepad Uruguay di peringkat kalah mati.

Pada usia 33 tahun, ia seperti Piala Dunia terakhir buat pemenang lima kali Ballon d’ Or ini.

3. Oliver Kahn (Jerman)

Oliver Kahn adalah bekas penjaga gol berstatus legenda bagi Jerman. Lebih dari itu, Kahn adalah salah seorang penjaga gol paling berkarisma yang pernah beraksi di Piala Dunia.

Tampil 86 kali buat Jerman di pentas antarabangsa, Kahn beraksi selama sebagai penjaga gol utama skuad Die Mannschaft.

(Photo credit should read PATRICK HERTZOG/AFP/Getty Images)

Terhampir Kahn bergelar juara dunia bersama Jerman ialah pada edisi 2002 apabila beraksi di dalam perlawanan akhir menentang Brazil di Yokohama, Jepun.

Salah satu kesilapan beliau, memberikan peluang kepada Ronaldo menjaringkan salah satu dari dua gol jaringan penyerang Brazil tersebut.

4. Paolo Maldini (Itali)

Tanyalah kepada mana-mana penyokong tegar bola sepak Itali. nama Paolo Maldini pasti menjadi antara nama yang tidak pernah lekang dari bibir sebagai salah seorang pemain terhebat skuad Azzurri.

Maldini boleh berbangga dengan koleksi tujuh kejuaraan Serie A Itali, dan lima kejuaraan UEFA Champions League bersama AC Milan.

L-R: Paolo Maldini, Italy. Romario, Brazil (Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

Hakikatnya ruangan trofi kabinet khusus untuk pencapaian antarabangsa pemain ini adalah kosong.

Maldini adalah sebahagian daripada skuad 2002 yang dimalukan dalam kejohanan di Korea Selatan dan Jepun selepas disingkirkan di peringkat kumpulan.

Paling hampir Maldini mendakap Piala Dunia ialah pada 1994, namun Itali dihampakan oleh Brazil melalui penentuan sepakan penalti dalam kejohanan yang diadakan di Amerika Syarikat.

5. Johan Cryuff (Belanda)

Dikenali sebagai antara jurulatih awal dengan idea bola sepak moden dan merevolusikan tiki-taka ketika bersama Barcelona.

Johan Cryuff adalah legenda sepanjang zaman di Nou Camp dan Belanda. Walaupun dijulang sebagai antara pemain terhebat pernah disaksikan dunia, Cryuff tidak pernah bergelar juara Piala Dunia.

Walaupun dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan pada 1974, skuad Belanda pada tahun tersebut tewas 2-1 kepada Jerman Barat di aksi perlawanan akhir.

6. Michel Platini (Perancis)

Selain daripada Zinedine Zidane, Michel Platini dianggap sebagai antara pemain paling berpengaruh yang pernah dilahirkan Perancis.

Kegemilangan era Platini dikenang ketika beliau menjadi kapten pasukan dan menjulang Perancis sebagai juara Euro 1984 di halaman sendiri.

Michel Platini of France appeals for a corner (Photo by Peter Robinson/EMPICS via Getty Images)

Namun demikian, rekod Platini bersama Perancis di Piala Dunia tidak begitu menyerlah.

Pada 1978, Platini dan Perancis gagal melepasi saingan peringkat kumpulan. Selepas itu, Perancis tewas dua saingan separuh akhir pada 1982 dan 1986, masing-masing kepada Jerman Barat.

7. Eusebio (Portugal)

Sebelum Cristiano Ronaldo, Eusebio dianggap sebagai pemain bola sepak terhebat yang Portugal pernah lahirkan.

Kemuncak kehebatan Eusebio bersama Portugal tiba di Piala Dunia 1966, apabila beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 9 gol.

(Photo by PA Images via Getty Images)

Namun Eusebio dan Portugal terpaksa ‘bungkus awal’ di saingan separuh akhir, apabila ditewaskan oleh tuan rumah, England.

Eusebio juga adalah sebahagian daripada skuad Portugal untuk pusingan kelayakkan Piala Dunia edisi 1962 dan1970. Namun Portugal gagal melayakkan diri ke pusingan akhir sehinggalah pada 1986.

8. Ferenc Puskas (Hungary & Sepanyol)

Selain daripada ikon Real Madrid, Alfredo Di Stefano yang pernah beraksi lebih daripada sebuah negara (Argentina, Colombia, Sepanyol) di peringkat senior, Ferenc Puskas turut pernah berbuat demikian bersama Hungary dan kemudiannya Sepanyol.

Semua itu sebelum FIFA menguatkuasakan peraturan pemain tidak boleh mewakili lebih dari satu pasukan di saingan utama antarabangsa.

Puskas, a member of the Hungarian International football team that reached the World Cup Final against Germany. (Photo by PA Images via Getty Images)

Puskas adalah pemain yang paling terkenal di Hungary. Di Piala Dunia 1954, Puskas dinobatkan sebagai pemain paling bernilai, namun tewas 3-2 kepada Jerman Barat di pentas perlawanan akhir.

Menjaringkan 84 gol dari 85 penampilan untuk Hungary, Puskas gagal menjaringkan sebarang gol dalam 4 penampilan bersama Sepanyol.

9. Wayne Rooney (England)

Anda mungkin mempunyai pandangan tersendiri mengenai Wayne Rooney di dalam senarai ini. Namun anda tidak boleh menafikan Rooney adalah seorang penyerang lengkap (complete forward), yang England pernah lahirkan.

Di peringkat kelab, Rooney telah menjuarai segala-galanya. Lima kejuaraan EPL, 1 Piala FA, 1 UCL, dan 1 kejuaraan kelab dunia, Rooney memiliki koleksi kejuaraan paling lengkap di England, namun gagal di Piala Dunia.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Di Piala Dunia 2006, Rooney dilayangkan kad merah dalam insiden melibatkan Ronaldo. Di Afrika Selatan pada 2010, Rooney terpalit dengan kontroversi memaki penyokong.

Pada 2014, cabaran Rooney dan England tamat hanya selepas 6 hari memulakan kempen di Brazil.

10. Raul (Sepanyol)

Dianggap sebagai anak jati istimewa kelahiran Madrid, Raul sempat tampil dalam tiga edisi Piala Dunia, iaitu pada 1998, 2002 dan 2006.

Untuk setiap edisi, Raul dan Sepanyol dikecewakan di peringkat suku akhir.

( Photo by Alain Gadoffre / Onze / Icon Sport via Getty Images )

Sebelum Euro 2008, nama Raul tercicir daripada senarai skuad Sepanyol yang akan ke kejohanan anjuran Austria-Switzerland itu.

Jelas ia adalah pengakhiran buat Raul dan Sepanyol. La Roja muncul juara eropah pada 2008, sebelum menakluk dunia di Piala Dunia edisi 2010.

Penutup

Gelaran G.O.AT sebenarnya agak subjektif untuk diberikan kepada mana-mana pemain. Ada yang menggariskan ianya dari segi pencapaian. Tidak kurang juga yang menjadikan kebolehan luar biasa pemain sebagai indikasi.

Pada pendapat penulis, gelaran G.O.A.T lebih tepat merujuk kepada pemain-pemain hebat yang beraksi pada satu-satu era.

Anda mempunyai pemain lain yang anda rasakan wajar berada di dalam senarai ini? Kongsikan bersama kami. Kami mahu mendengarnya daripada anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN