Kenal Watak Pemain, Tak Mudah ‘The City Boys’ Nak Menipu Shukor Adan

menipu shukor adan pemain kl city

Bekas kapten Kuala Lumpur (KL) City FC, Shukor Adan sudah memulakan perjalanan baharu dalam karier bola sepaknya iaitu sebagai jurulatih dan menurutnya, bekas rakan sepasukannya akan sukar jika cuba menipu.

Bukanlah menipu dari segi negatif. Apa yang dimaksudkannya adalah mungkin jika ada antara mereka yang cuba untuk culas berlatih, beliau dengan pantas akan tahu berdasarkan bahasa tubuh dan riak wajah mereka.

Shukor Adan kini dilantik menjadi penolong jurulatih kepada Bojan Hodak dan sementara menanti ketibaan pengendali asal Croatia itu tiba, KL City telah dikendalikan oleh Shukor Adan untuk tempoh seminggu.

Bercakap kepada Astro Arena, Shukor Adan berkata, “Selepas bersara, saya beralih ke bidang kejurulatihan tetapi ia satu perkara yang agak sukar untuk kita terus beralih daripada pemain kepada jurulatih. Jadi, saya banyak belajar daripada mereka semua [jurulatih] dan staf juga banyak membantu daripada segi kejurulatihan.”

“Sedikit demi sedikit, saya akan melangkah lebih jauh,” ungkapnya yang baru selesai mengikuti Modul II, Kursus Diploma Kejurulatihan AFC/FAM ‘B’ yang dianjurkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (Pahang FA).

“Pemain-pemain, kita boleh nampak daripada bahasa tubuh dan air muka mereka dan selama saya menjadi ketua pasukan mereka pun saya banyak membantu daripada aspek itu. Jadi, saya rasa untuk mereka menipu saya memang susahlah sebab ia berdasarkan pengalaman saya bersama mereka,” tambah Shukor Adan lagi.

“Saya mengenali mereka, saya memahami mereka, jadi saya harap mereka juga dapat membantu saya, terutama sepanjang empat, lima hari ini,” katanya sambil berharap kerjasama daripada seluruh pasukan.

Shukor Adan baru sahaja menggantung butnya selepas pentas final Piala Malaysia 2021 dan pengakhiran kariernya amat gemilang apabila berhasil menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelima dalam kariernya dan ia dilakukan bersama KL City yang turut melakar sejarah merangkul kejuaraan selepas 32 tahun.

24 tahun merupakan satu tempoh yang cukup panjang buat mana-mana pemain bola sepak. Maka wajarlah untuk kita mengatakan beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di pentas bola sepak Liga Malaysia.

Ia pengakhiran karier yang cukup sempurna buatnya dan kini beliau membalas semula jasa KL City buatnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN