“Kena Belajar Dari Kesilapan” – Kpah Sherman Enggan Kena ‘Belasah’ Oleh JDT

Setelah diaibkan oleh Petaling Jaya City dalam aksi pertama Terengganu musim ini, jelas situasi sukar sekali lagi terpaksa dihadapi mereka apabila bakal berdepan juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Takzim malam ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Penyerang import Terengganu, Kpah Sherman antara pemain yang tidak lagi rela skuad diwakilinya menjadi mangsa amukan lawan dan mahu bangkit dalam aksi malam ini bagi memperagakan aksi lebih mantap berdepan JDT.

Pada pertemuan lalu, jelas Kpah Sherman mengakui kesukaran untuk mencari ruang dan mencipta peluang di hadapan gol apabila PJ City ketika itu sudah pun memadatkan zon pertahanan mereka dengan begitu ramai pemain setelah mencipta tiga gol awal di separuh masa pertama menerusi Darren Lok.

Disiplin tinggi yang dipamerkan oleh PJ City ketika itu benar-benar memberi tekanan buat pemain Terengganu bagi mencari walau satu gol dan mereka terpaksa pulang dengan hampa pada malam itu.

Jelas penyerang dari Liberia itu, kekalahan tersebut memberi pengajaran yang berguna buat pasukan untuk lebih bekerja keras serta memberi ruang untuk Terengganu memperbaiki segala struktur kelemahan yang ada setelah sebelum ini skuad tersebut tidak berdepan dalam mana-mana aksi kompetitif kerana diserang wabak Covid-19.

“Memang sangat kecewa apabila tewas 0-3 apatah lagi ini adalah perlawanan pertama kami untuk musim ini. PJ City bermain hampir lapan hingga sembilan pemain di bahagian pertahanan dan kami susah nak menembusi mereka, jadi kami hilang peluang dan tewas.

“Selepas berakhir perlawanan, jurulatih (Nafuzi Zain) terus memberikan semangat dan motivasi kepada kami untuk terus bangkit dan kena belajar daripada kesilapan yang dilakukan itu.

“Berdepan JDT, mereka memang lawan yang kuat jadi kami kena bekerja lebih keras dan perbaiki kelemahan,” katanya menerusi Harian Metro.

Selain Kpah Sherman, musim ini Terengganu turut menandatangani seorang lagi penyerang import iaitu Tchetche Kipre selain mengekalkan Jordan Mintah di skuad ‘feeder’.

Nafuzi Zain pastinya mempunyai tugas yang berat dalam situasi ketika ini untuk membentuk skuad terbaik bagi menentang JDT. Ketika ini, beliau mempunyai banyaj pilihan pemain untuk disesuaikan dalam taktikalnya yang diakui sangat ampuh pada musim lalu.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN