Ken Ilso Umum ‘Angkat Kaki’ Daripada Pasukan Penang

Bekas penyerang import Kedah, Ken Ilso Larsen mengumumkan angkat kaki daripada terus menyarung jersi skuad Harimau Kumbang yang akan menghadapi pusingan kedua saingan Liga Perdana.

Penyerang dari Denmark yang berusia 32 tahun itu mengumumkan melalui laman instagram miliknya dan mengucapkan terima kasih  kepada Persatuan Bolasepak Penang (FAP) kerana memberi peluang kepadanya menyarung jersi pasukan itu bermula awal tahun ini.

“Kadangkala perkara tidak berlaku seperti yang kita harapkan dan tidak ada sesiapa yang wajar dipersalahkan.

“Hari ini saya mengambil keputusan menghantar surat untuk mengundur diri daripada pasukan ini. Terima kasih,” tulisnya semalam yang mendapat lebih 8,000 tanda suka (Like).

Sumber menjelaskan antara punca pemain itu angkat kaki ialah kerana pasukan berkenaan kini berdepan kemelut kewangan serius apabila pengurusan utama meletak jawatan beberapa bulan lalu.

FAP juga dijangka akan melepaskan beberapa pemain utama mereka dalam masa terdekat. Situasi itu ternyata tidak disenangi oleh penyokong setia pulau pinang dan berharap agar ketua menteri Pulau Pinang yang baharu masuk campur selesaikan kemelut itu.

Ken Ilso menyertai Kedah musim lepas dan sempat membantu skuad Helang Merah meraih Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Dilabelkan sebagai penyerang yang memiliki sentuhan berbisa, Ken Ilso juga adalah pemain yang gemarkan cabaran baharu. Sepanjang kariernya, sudah 8 pasukan yang telah disertainya termasuklah FC Midtjylland (Denmark) dan VfL Bochum (Jerman).

Malah, beliau juga pernah beraksi di saingan Liga Singapura bersama pasukan Home United selama 2 tahun.

Sepanjang dua musim di Home United, dia telah menyumbang 36 gol daripada 52 penampilan. Walaupun gembira beraksi di Singapura, pemain yang digelar ‘King Ken’ itu akhirnya turut meninggalkan Home United untuk bersama Kedah.

Skuad Harimau Kumbang yang dibimbing Zainal Abidin Hassan ketika ini menduduki tangga kelapan liga menerusi 10 mata selepas sekadar mencatat tiga kemenangan, dua seri dan enam tewas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN