Kehilangan Yang Pasti Dirasai Helang Merah, Ken Ilso Sah ‘Angkat Kaki’

Satu perkhabaran yang pasti membuatkan para penyokong Kedah tidak senang duduk. Kehilangan yang pastinya dirasai!

Pada 6 September lalu, akhbar Berita Harian telah melaporkan bahawa Ken Ilso bakal ‘angkat kaki’ apabila kontraknya berakhir pada penghujung musim ini. Menguatkan berita ini lagi, ianya dikatakan dari sumber rapat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sendiri.

Dan semua akhirnya terjawab apabila Ken Ilso sendiri mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Kedah pada penghujung musim ini. Ken Ilso mengumumkannya melalui akaun Instagram miliknya, semalam (16 September).

Dibawa masuk dari kelab Singapura, Home United pada awal musim ini untuk menggantikan Shane Smeltz, Ken Ilso telah memberikan impak yang cukup besar buat Kedah untuk musim 2017.

24 gol daripada 28 penampilan, ianya adalah satu pencapaian yang hebat daripada penyerang yang baru semusim beraksi di Liga Malaysia. Ianya juga melebihi sasaran yang diletakkannya pada awal musim lalu iaitu 20 gol.

“Saya belum putuskan di mana saya akan mengakhiri karier saya, namun saya inginkan cabaran baharu untuk musim hadapan,” jelas penyerang berusia 31 tahun itu.

Dilabelkan sebagai penyerang yang memiliki sentuhan berbisa, Ken Ilso juga adalah pemain yang gemarkan cabaran baharu. Sepanjang kariernya, sudah 8 pasukan yang telah disertainya termasuklah FC Midtjylland (Denmark) dan VfL Bochum (Jerman).

Aksi Ken Ilso Bersama Home United. Foto: S League.

Sepanjang dua musim di Home United, dia telah menyumbang 36 gol daripada 52 penampilan. Walaupun gembira beraksi di Singapura, pemain yang digelar ‘King Ken’ itu akhirnya turut meninggalkan Home United untuk bersama Kedah.

Dia menyatakan antara sebab utama dirinya memilih untuk bersama Kedah adalah kerana ‘possession football’. Ken Ilso juga bijak mencari dan mencipta ruang untuk membolehkannya berada di posisi yang tepat untuk menjaringkan gol.

Walaupun sudah mengumumkan akan meninggalkan Kedah, Ken Ilso masih mempunyai masa untuk memberikan hadiah terbaik kepada para penyokong iaitu mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi pada musim lalu.

“Saya akan berikan segala-galanya dalam perlawanan-perlawanan terakhir bersama Kedah. Terima kasih buat rakan sepasukan dan pegawai pasukan yang membuatkan Alor Setar sebagai tempat persinggahan yang sangat menakjubkan.

“Ia adalah satu penghargaan beraksi untuk Kedah,” ujar Ken Ilso sebelum menamatkan bicara di Instagram miliknya itu.

Terima kasih atas memori ‘King Ken’!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN