Ken Ilso Hargai Sumbangan Rakan Sepasukan Bantu Menang Anugerah Pemain Terbaik Julai 2017

Pemain pasukan Kedah FA, Ken Ilsø Larsen dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)-asiana.my bagi edisi Julai 2017.

Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Presiden PFA Malaysia, Rezal Zambery Yahya di Alor Setar kelmarin.

Ken Ilsø nyata gembira dengan kemenangan ini dan mendedikasikan kemenangan ini kepada arakan pasukan yang turut berusaha bersama sepanjang musim.

“Hal ini amat bermakna buat saya, tanpa kerjasama dari rakan sepasukan tidak mungkin saya akan menjaringkan gol untuk pasukan.”

“Terima kasih kepada PFA Malaysia kerana menganjurkan anugerah seumpama ini kerana hal ini memberikan peluang kepada para pemain untuk menunjukkan potensi diri yang terbaik.”

“Bukan sahaja untuk pasukan malahan untuk liga Malaysia secara amnya dan saya gembira menjadi sebahagian daripadanya” tambah beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Presiden PFA Malaysia, Rezal Zambery Yahya, Setiausaha PFA Malaysia, Ahmad Fauzi Saari dan Exco PFA Malaysia, Rudie Ramli serta Ketua Pengawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail.

Anugerah ini mendapat sokongan dan tajaan dari 139associates, MVP Sports Agency, Kobert, Ideasia dan Adeqsue sebagai penaja rasmi.

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my).

Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM – Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Ken Ilsø menerima undian tertinggi sebanyak 74.53% (10,662 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Fadhli Shas dari Johor DT (13.36% – 1,911 Undi), Mohamed Ghaddar dari Johor DT (5.72% – 818 Undi), Thiago Augusto Fernandes dari Felda United (4.36% – 624 Undi) dan Alif Haikal dari PKNS FC (2.03% – 290 Undi)

Beliau menerima wang tunai berjumlah RM1500 sumbangan 139associates dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia, baucer barangan sukan bernilai RM500 sumbangan Kobert dan gambar pemain beserta bingkai sumbangan Asiana.my

Para pengundi membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my dan juga www.asiana.my

Undian ini dibuka selama sepuluh hari untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka. Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN