‘Kemunculan Yang Tertangguh’ – Khairu Azrin Sedia ‘Debut’ Untuk Kedah Selepas Alami Kecederaan

Setelah telah berehat lebih sebulan ekoran kecederaan hamstring, pemain tengah, Khairu Azrin akui sudah tidak sabar untuk turun buat kali pertama bagi membantu pasukan baharunya, Kedah Darul Aman di pentas Liga Super.

Menurutnya, dia sudah hampir pulih sepenuhnya apabila turun selaku pemain gantian dalam dua perlawanan persahabatan lalu semasa berdepan skuad Piala Presiden Kedah dan pasukan dari Liga M3, Harini FT.

“Rasa kecewa juga di permulaan musim baharu, saya tidak dapat bermain lebih kurang tiga perlawanan kerana kecederaan hamstring yang memerlukan tempoh rawatan yang agak lama.”

“Namun, waktu rehat liga yang panjang beri hikmah kepada saya mendapatkan masa pulih yang lebih teratur agar tidak terlalu tergesa-gesa untuk kembali cergas.”

“Saya kini berada di tahap terbaik untuk bermain dengan pasukan dan berdasarkan perlawanan persahabatan tempoh hari, saya rasa sudah bersedia untuk aksi kompetitif.”

“Melihatkan aksi Kedah dalam perlawanan sebelum ini, saya memang rasa gembira kerana dapat bermain di sini dan sudah tidak sabar melakukan penampilan buat pertama kali di depan penyokong Kedah,” katanya.

Khairu merupakan pemain tengah yang memainkan peranan nombor 6 iaitu membantu dalam aspek semasa bertahan.

Pemain ini mendapat pujian musim lalu semasa bersama Penang apabila menjadi antara watak penting membantu pasukan meraih tempat ketiga Liga Super.

Ketiadaannya jelas dirasai ketika kempen Piala Malaysia apabila Penang sekadar menamatkan cabaran di saingan peringkat kumpulan.

Bersama Kedah, Khairu akui dia jelas berdepan cabaran hebat bagi meraih tempat dalam kesebelasan utama dengan kehadiran ramai pemain berkualiti di bahagian tengah.

“Di posisi saya, ada pemain import seperti Dechi Machel yang pasti menjadi pilihan utama berdasarkan kualiti yang dimiliki.”

“Semasa saya cedera,jurulatih memilih Fadzrul Danel selain tidak dilupakan pemain seperti Amirul Hisyam serta Asnan Ahmad.”

“Semua mereka ini merupakan pemain yang sangat hebat dan jelas saya perlu bekerja keras semasa latihan bagi memikat perhatian jurulatih.”

“Sememangnya ini adalah satu persaingan yang sihat demi kebaikan pasukan yang akan lalui pelbagai kejohanan musim ini seperti Piala AFC,” katanya.

Selain aksi Kedah dan Sri Pahang, dua lagi perlawanan yang turut berlangsung pada Rabu ialah membabitkan Kuala Lumpur City berdepan Johor Darul Ta’zim di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Manakala di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, PJ City akan berentap dengan Terengganu.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN