Kemunculan Ulat Tiket Buatkan Penyokong Terengganu Gigit Jari

Terengganu

Terengganu mencatatkan sambutan yang cukup positif menjelang perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila jualan tiket laku bak pisang goreng panas.

Situasi ini menunjukkan yang penyokong Terengganu cukup teruja dengan perlawanan akhir ini. Namun begitu, tetap ada cerita yang tidak sedap untuk didengar.

Sedang cerita tiket habis dengan begitu pantas, muncul pula kisah kemunculan ‘ulat’ yang tiba untuk menjualnya semula dengan harga lebih tinggi.

Rata-rata penyokong Terengganu jelas kecewa dengan situasi ini. Sudahlah terlepas, tiket yang dijual semula begitu mahal.

Ada yang mengatakan yang tiket berharga RM50 dijual sehingga RM300 sekeping.

Malah ada yang mendakwa tiket fizikal juga dijual oleh ‘ulat’. Perkara ini bercanggah dengan pendekatan Terengganu yang menjual tiket secara atas talian secara sepenuhnya.

“Di pihak kami, semua tiket dilakukan secara atas talian dan memang wujud kategori tiket sehingga RM210.

“Saya berpendapat penjualan atas talian ini merupakan cara terbaik untuk menghalang penjualan haram daripada ulat tiket ini, tetapi tahun ini masih wujud sehingga mereka mengatakan ada tiket fizikal yang dijual,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh.

Rasid berkata yang penyokong Terengganu telah menepati ramalannya apabila menyambut baik penjualan tiket ini.

Namun begitu, beliau mengingatkan agar jangan terpedaya dengan dakwaan tiket secara fizikal ada dijual untuk penyokong Terengganu kerana ianya dijual secara atas talian sepenuhnya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN