Kempen ‘Pray For Tinagaran’ Inisiatif Baharu PFAM

Tinagaran

Selepas pengkhabaran penjaga gol berpengalaman, Saiful Amar Sudar menderita ketumbuhan tumor, bola sepak tempatan terus dikejutkan pula dengan masalah kesihatan yang dihadapi pemain Petaling Jaya (PJ) City FC, Tinagaran Baskeran.

Tinagaran merupakan pemain di posisi pertahanan tengah yang beraksi sejak MISC-MIFA (sebelum penjenamaan semula) pada 2014 sehinggalah musim lalu.

Namun kini beliau tidak dapat meneruskan karier kerana mengalami kanser tulang peringkat keempat (Ewing Sarcoma PNET Femer Bone).

Sehubungan dengan penyakit dialaminya, Tinagaran sedang menjalani proses kimoterapi keempat di Penang Adventist Hospital, kos rawatan yang telah dikeluarkan mencecah RM 100,000.

Tambahan pula, kos bagi pembedahan selepas rawatan kimoterapi keenam mencecah RM80,000 dan baki lapan rawatan kimoterapi berjumlah RM107,000.

Hari ini, Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berada di Pulau Pinang untuk melawat saudara Tinagaran. Safee turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada beliau.

Pihak PFAM turut menyeru kepada semua warganegara yang perihatin supaya membantu pemain berusia 28 tahun ini menerusi kutipan derma melalui nombor akaun RHB 26403000007880.

Dalam pada itu, PFAM juga dalam masa yang sama turut mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain PJ City FC dan rakan-rakan Tinagaran antaranya S.Kunanlan dan D. Saarvindran yang telah memberi sumbangan sebanyak RM25,000 setakat ini.

Kredit foto: PFAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN