Kemenangan Gibraltar dalam aksi menentang Armenia dianggap peristiwa bersejarah dan diraikan ramai peminat bola sepak.
Negara ini hanya ada populasi 34,000. Kemenangan Gibraltar ini akhirnya menamatkan rekod 22 kekalahan berturut-turut dalam perlawanan kompetitif (bukan persahabatan) sejak 2013 dengan kemenangan 1-0 ke atas Armenia.
Armenia turut dibarisi oleh Henrik Mkhitaryan dalam perlawanan ini. Mereka jelas pasukan yang lebih dominan sepanjang perlawanan.
Jaringan kemenangan Gibraltar dijaringkan oleh kapten pasukan, Roy Chapolina menerusi sepakan penalti pada minit ke-50.
Gibraltar berjaya mempertahankan gol tunggal itu dan menamatkan badi kekalahan mereka dalam pertandingan Uefa Nations League (UNL).
Ini adalah 3 mata pertama mereka dalam perlawanan kompetitif. Bukan mudah tahu mereka nak dapat 3 mata ni. 72% bola di kaki lawan, dan 35 percubaan gol mereka hadapi.
Sejak 2013, mereka bolos 102 kali dan hanya menjaringkan 5 gol dalam perlawanan kompetitif.
🇬🇮 Gibraltar record their first EVER competitive win, beating Armenia 1-0 in @UEFAEURO.
😳 Their record before today's win:
🏟️ 22 Games
✅ 0 Wins
🤝 0 Draws
❌ 22 Defeats⚽️ 5 Goals Scored
🥅 107 Goals Conceded👏 Memorable night. pic.twitter.com/48kfnX8vkc
— SPORF (@Sporf) October 13, 2018
Perlawanan dimulakan dengan kesilapan tuan rumah Armenia yang memasang lagu kebangsaan yang salah. Namun pihak pengurusan stadium sudah meminta maaf.
Rasanya ianya kesalahan yang sudah dilupakan dengan mudah oleh rakyat Gibraltar kerana mereka lebih meraikan kemenangan Gibraltar ini.
Mungkin ia juga akan diingati sebagai peristiwa bersejarah di mana di malam mereka silap lagu kebangsaan, mereka menang 1-0 ke atas Armenia.
Armenia 0-1 Gibraltar
Gibraltar 🇬🇮 have picked up their first ever points in a competitive international – before today’s game in Armenia, their record was
P22
L22
F5
A107 pic.twitter.com/E52UuSSj2s— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) October 13, 2018
Sejak mereka menyertai UEFA pada 2013, dan sejak itu mereka tewas kesemua perlawanan kompetitif yang kesemuanya melibatkan perlawanan kelayakan.
Mereka banyak kali tewas dengan jumlah jaringan besar. Mereka dibelasah Poland 8-1, serta 2 kekalaha 7-0 di tangan Jerman dan Ireland semasa kelayakan Euro 2016.
Kekalahan terbesar mereka adalah tewas 9-0 di tangan Belgium dalam kelayakan Piala Dunia pada 2017.
Lihat keraian mereka ini. Kemenangan yang sangat bermakna bagi mereka.
Clean sheet ✅
3 points ✅
First ever points ✅That winning feeling ⚽️🇬🇮!! pic.twitter.com/yqF5e0DYLL
— Gibraltar FA (@GibraltarFA) October 13, 2018
Ini adalah kemenangan ke-3 dalam sejarah mereka dalam semua jenis perlawanan. Sebelum ini mereka menang dalam persahabatan ke atas Malta pada 2014 dan juga Latvia pada awal tahun ini.