“Kemenangan Adalah Untuk Penyokong” – Romel Morales

Penyerang berbisa negara iaitu Romel Morales menjadi antara individu paling gembira kini selepas beliau menjadi antara watak penting untuk membantu kejayaan Malaysia meraih kejuaraan Pestabola Merdeka 2024.

Apa tidaknya, Morales menjadi satu-satunya penjaring gol pada aksi final membabitkan skuad kebangsaan ketika berdepan Lubnan pada aksi akhir Pestabola Merdeka 2024.

Beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Morales yang dipertaruhkan selaku kesebelasan utama tidak mengambil masa lama untuk membuka akaun jaringan di separuh masa pertama sewaktu bertemu cabaran Lubnan.

Aksi keraian Morales selepas meledak gol (Shah Amirul Semuanya BOLA)

Lebih menarik, jaringan itu juga sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan Harimau Malaya ke atas lawan sekali gus memastikan kejuaraan tersebut kekal di Malaysia.

Melihat kepada kemenangan tersebut, Morales menyatakan ia merupakan hadiah buat para penyokong setia Harimau Malaya yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

Jelas penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, kemenangan tersebut dianggap begitu bermakna selepas melihat usaha keras dicipta rakan sepasukan lain untuk memastikan kejayaan itu.

Malah, kem kebangsaan juga terpaksa berhadapan dengan detik sukar kerana terpaksa beraksi tanpa sekelompok besar penyokong yang tampil dengan memboikot kejohanan tersebut.

“Saya sungguh berbangga dan gembira dengan pasukan dan jika dilihat sememangnya kami layak untuk menang kerana sudah bekerja keras sejak hari pertama lagi.

“Ini adalah hadiah kepada semua pihak terutamanya kepada penyokong setia yang sentiasa bersama pasukan kebangsaan.

“Sejujurnya agak menyedihkan kerana tindakan itu (boikot), namun kami tetap fokus setiap perlawanan dan sekarang kemenangan adalah untuk penyokong,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Rekod menyaksikan ia merupakan kejayaan sulung buat Pau Marti Vicente selaku jurulatih baharu Harimau Malaya, selepas beliau bertindak sebagai pembantu Kim Pan-gon sebelum ini.

Malah, Pau Marti juga memastikan skuad Harimau Malaya untuk meraih dua kemenangan bersih berturut-turut serta berjaya memperbaiki kedudukan ranking negara menjadi lebih baik.

Menerusi kejayaan itu, sudah tentu para peminat mengharapkan sesuatu lebih baik bakal dicipta Pau Marti bersama skuad kebangsaan bagi mengharungi aksi seterusnya di pentas antarabangsa.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN