‘Kembali Ke Liga Malaysia?’ – Editor The Times India Dedah Liridon Berkemungkinan Besar Akan Tinggalkan Odisha

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Editor The Times India, Marcus Mergulhao tidak berpendapat Liridon Krasniqi akan kekal bersama Odisha FC dan akan meninggalkan Indian Super League (ISL) menjelang bermulanya musim baharu pertandingan tersebut pada Oktober hadapan.

Menjawab soalan daripada wakil Semuanya BOLA mengenai masa depan pemain naturalisasi skuad Harimau Malaya itu, Marcus Mergulhao sekadar menjawab ringkas Liridon bersar kemungkinan  tidak lagi akan menyarung jersi Odisha selepas ini.

Bekas pemain import Kedah ini pernah beraksi bersama Melaka United sebelum menyertai JDT pada 2019. Liridon kemudiannya ke Liga Australia untuk beraksi bersama Newcastle Jets secara pinjaman.

Karier pemain itu kemudiannya diteruskan bersama Odisha FC di Indian Super League (ISL) untuk saingan musim 2021/22.

Kontrak hanya setahun

Kontrak pemain kelahiran Kosovo itu bersama Odisha itu sebelum ini hanya selama setahun, dan akan tamat secara rasmi pada 31 Mei 2022.

Tanda tanya mengenai masa depan pemain itu kini menjadi perhatian – sama ada akan kembali menyertai kelab asal JDT, atau terus beraksi bersama pasukan lain secara pinjaman.

Sebelum ini terdapat khabar angin dan desakan di kalangan peminat agar pemain tengah itu dikekalkan di Odisha. Namun kemungkinan itu kini semakin hampir tidak menjadi kenyataan.

Walaupun menjadi pemain kegemaran peminat, sumbangan di atas padang Liridon tidak ketinggalan daripada menjadi perhatian.

Pernah diiktiraf sebagai ‘Raja Gelecek ISL’ pada Februari lalu, pemain itu bagaimanapun gagal menyumbang sebarang gol atau assist sepanjang penampilan beliau bersama Odisha.

Kembali ke Liga M?

Adakah Liridon akan kembali beraksi di Liga Malaysia selepas ini? Persoalan lain yang turut akan berlegar nanti ialah sama ada pemain ini masih mempunyai masa depan bersama JDT.

Tidak dapat dipastikan baki durasi kontrak Liridon bersama JDT, tetapi ini tidak bermakna Liridon tidak boleh kembali beraksi di Liga Malaysia bersama pasukan lain.

Sandro da Silva Liridon Krasniqi Kedah tunggakan cukai LHDN
FOTO: Helang Merah

Malah khabar angin dan beberapa laporan media di dalam negara sebelum bermulanya saingan musim ini mengatakan Liridon berkemungkinan akan disambar oleh bekas pasukannya, Kedah Darul Aman FC.

Buat masa ini, berdasarkan perkongsian di media sosial IG story peribadinya, Liridon kelihatan sibuk melakukan persiapan secara bersendirian untuk membina kecergasan dirinya.

Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia akan dibuka semula mulai 28 Mei hadapan sehingga 28 Jun. Dan sepanjang tempoh itu, Liridon pasti akan menjadi salah seorang pemain tumpuan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN