Kembali Cergas, Eden Hazard Kini Sedia ‘Gegar’ La Liga

Eden Hazard

Pemain Real Madrid, Eden Hazard kini dilaporkan sudah kembali cergas sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan dalam aksi La Liga.

Beliau yang belum lagi menyepak bola untuk Real Madrid dalam saingan liga musim ini, diketepikan sejak dari musim lalu selepas pasukannya tumbang ditangan Manchester City dalam saingan UEFA Champions League.

Sebelum ini, Hazard mengalami masalah kecederaan apabila tulangnya patah di bahagian fibula distal yang terletak di bahagian buku lali.

Kecederaannya itu jelas sekali menyebabkan pemain kebangsaan Belgium itu tidak mampu untuk memulakan musim 2020/2021 seperti rakan sepasukan lain mengikut jadual.

Namun begitu, beliau kini sudah bersedia untuk diturunkan selepas menjalani latihan penuh bersama Real Madrid menjelang aksi La Liga menentang Huesca di lama sendiri.

Menurut Football Espana, Zinedine Zidane dilihat bakal menggunakan Hazard dengan meletakkan pemain itu terus ke kesebelasan utama untuk bergandingan dengan Karim Benzema dan Marco Asensio.

Situasi ini mungkin akan menolak Vinicius Jr keluar dari kesebelasan utama untuk memberikan laluan kepada bekas pemain Chelsea itu.

Hazard jelas sekali mengalami musim pertama yang sukar di Real Madrid apabila hanya menjaringkan satu gol sahaja daripada 22 penampilan.

Namun kini beliau berpeluang bermula semula untuk membuktikan dirinya mampu membawa beban yang ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo dan Raul pada jersi nombor 7 Real Madrid bermula musim ini.

Baca juga artikel kami mengenai Eden Hazard:

Thibaut Courtois: Jaga-Jagalah Dengan Eden Hazard Ketika El Clasico Nanti

Eden Hazard Kembali ‘Berisi’, Zinedine Zidane Naik Angin

Christian Pulisic Tidak Mahu Dibandingkan Dengan Eden Hazard

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN