Semalam Football Manager 2018 telah mengeluarkan kemaskini terbaru untuk kemaskini data musim sejuk ataupun Winter Update (v18.3.0).
Jadi, bagi pemain permainan FM18 ini anda boleh memuat turun data kemaskini ini untuk platform PC, MacOS dan Linux. Anda cuma perlu mengemaskini, ‘quit’ dan kemudian ‘restart Steam’.
Bagi pemain FM18 versi telefon pintar, kemaskini ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Jadi anda perlu pastikan diri anda sentiasa mengikuti akaun sosial rasmi FM18.
Dalam kemaskini data kali ini, para pemain FM18 akan menikmati perpindahan penuh pada jendela musim sejuk yang lalu.
Seterusnya, ‘attribute’/keupayaan pemain juga dikemaskini untuk musim 2017/18 setakat ini. Ini adalah data lain yang dikemaskini:
1. Database
– Kemaskini perpindahan pemain dan data lain
– Added database 18.3 to include winter transfer & data updates
2. Stabiliti diperbaiki untuk atasi masalah:
– ‘Crash’ ketika ‘processing’
– Permainan tersekat ketika ingin memuat naik rangkuman ke YouTube
– ‘Crash’ ketika menyunting data
– ‘Crash’ ketika ‘loading’
– Tersekat ketika penentuan penalti
– ‘Crash’ tiba-tiba ketika mahu menyimpan data permainan
– ‘Crash’ ketika perlawanan
– ‘Crash’ ketika melakukan urusniaga
3. Masalah ketika perlawanan seperti berikut turut diperbaiki:
– ‘Bug’ pada gerakan bola
– Penambahbaikan dalam taklimat pasukan dan reaksi
– Pembantu untuk taklimat pasukan bagi memenangi kejuaraan
– Masalah hantaran
– Masalah stadium dan pemain
– Masalah ketika bermain atas talian
4. Isu ‘gameplay’ berikut turut diperbaiki:
– Pemain tersekat ketika ‘trialist’
– Isu pengguna (user) yang tidak dipedulikan untuk tugas pengurusan
– Masalah AI berkaitan keputusan dan pemain HG
– Isu logik dalam memilih pemain dan juga tugasan memantau bakat
– Isu keupayaan pemain yang menonjol terlalu cepat
– Isu ‘board’ yang memungkiri janji dan membawa kepada pemecatan
– Isu perbualan dengan pemain yang berkaitan dengan tidak menepati janji
– Isu pertanyaan tentang peluang menang liga walaupun sudah menang
– Isu cuti pemain untuk tugasan antarabangsa
– Pra perlawanan yang segera
– Isu pemain yang tak boleh bermain dalam pasukan kebangsaan B
– Isu media membawa masalah pengurus sebelumnya kepada pengurus baru
– Isu soalan media berulang
– Isu meminta pengurus memberikan respon segera tanpa melihat respon terlebih dahulu
5. Untuk pertandingan pula, kemaskini ini memperbaiki isu berikut:
– Pengurus kebangsaan kini boleh mengundi untuk Anugerah Pemain Terbaik Tahunan
– Isu Anugerah penjaga gol terbaik div. 2 Sepanyol yang milik pemain ‘outfield’
– Isu pendaftaran pemain dalam La Liga
– Isu pasukan B dalam La Liga
– Isu perlawanan play-off dalam Liga Bulgaria yang terlalu lewat
– Kemaskini dalam struktur Piala Mexico
6. In game editor pula, kemaskini kali ini akan membolehkan kondisi fizikal dan ketajaman perlawanan disunting terus daripada in-game editor.
Jadi, apa tunggu lagi, kemaskini data FM18 anda sekarang. Klik pautan di bawah ini untuk maklumat lebih lanjut:
Kemaskini Football Manager 2018 – Winter Update V.18.3.0