Pemain Rangers, Kemar Roofe mencuri tumpuan pada perlawanan Liga Europa bertemu wakil Belgium, Standard Liege awal pagi tadi apabila beliau telah meledakkan jaringan yang cukup menarik dalam membantu pasukannya menang 2-0.
Jaringan cantik itu terhasil pada masa kecederaan setelah Roofe berjaya mengawal bola dengan baik walaupun dicabar oleh tiga pemain Standard Liege dan kemudiaannya melepaskan rembatan padu dari kawasan tengah padang ketika penjaga gol tuan rumah, Arnaud Bodart sedikit keluar dari posisinya.
Gol tersebut juga turut membalas kepercayaan pengurus Rangers, Steven Gerrard yang membawa masuk Roofe bagi menggantikan Alfredo Morelos pada minit ke-76.
Ketika mengulas gol menarik tersebut, Gerrard secara peribadinya menganggap jaringan pemain berusia 27 tahun itu adalah yang terbaik pernah disaksikan di depan matanya sendiri.
“Tak ada satu gol saya pun yang sama kualiti [dengan gol Roofe,” kata Gerrard.
“Ia terhasil dari detik genius. Saya dah tengok gol tersebut 5-6 kali selepas perlawanan berakhir dan yang paling menarik tentang gol tersebut adalah apa yang berlaku sebelum sepakan dibuat.”
“Dia melepasi kawalan dua pemain dalam keadaan padang yang teruk. Kemudian dia gelecek seorang – dan mempunyai visi dan keberanian untuk membuat percubaan itu.”
“Itu mungkin gol terbaik pernah saya saksikan secara langsung sejak saya bermain secara profesional pada tahun 1998,” tambah Gerrard lagi..
Roofe yang dibawa masuk ke Ibrox Park pada jendela perpindahan tempoh hari sebenarnya bukanlah asing dengan kancah liga Belgium kerana beliau sebelum ini telah beraksi selama semusim bersama Anderlecht.
Aye, so Kemar Roofe has just scored… well… the best goal ever scored by anyone. Ever. ?⚪?⚽️ pic.twitter.com/LufeBLxvHM
— Greg Martin ? (@gregmartin1982) October 22, 2020
Kredit featured image: Jef Matthee/DeFodi Images via Getty Images