Kem Vietnam & Indonesia ‘Bising’ Terhadap Penganjur, Mungkin Indonesia Terlupa Bas Hello Kitty Ini?

AFF B-19 Malaysia Bas Hello Kitty Indonesia layanan

Belum apa-apa sudah kedengaran kritikan layanan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) daripada kem Vietnam dan Indonesia terhadap mereka, tetapi masih ingatkah Indonesia, layanan bas Hello Kitty kepada Malaysia?

Ketika saingan Piala AFF B-19 2018, tuan rumah, Indonesia menyambut skuad muda negara dengan bas bermotifkan Hello Kitty. Dan sepanjang kejohanan yang berlangsung di Gresik itu, selama dua minggu, bas tersebut menjadi peneman setia ke mana sahaja mereka pergi, sama ada ke sesi latihan dan perlawanan.

Jika dibandingkan, pasukan lain tidak dilayan sebegitu antaranya turut dibandingkan bas untuk skuad Thailand yang jelas lebih profesional, bermotifkan Real Madrid. Ya, mereka sengaja cuba mencuit mentaliti pemain-pemain muda negara, namun langsung tidak kedengaran keluhan atau kritikan daripada kem negara.

Malah, skuad negara membalas layanan ‘terbaik’ penganjur dengan prestasi membanggakan di padang. Mereka muncul juara buat kali pertama sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2002. Antara pemain-pemain yang berada dalam skuad tersebut termasuklah Azri Ab Ghani, Nik Akif Syahiran, Akhyar Rashid dan Hadi Fayyadh.

Menurut wartawan Astro Arena yang berada di sana bersama skuad negara, Fina Nasrom, “Tibalah hari terakhir dengan bas Hello Kitty ni, susah senang 15 hari dengan bas ni. Tak tau apa motif bas Hello Kitty ni disediakan untuk Malaysia sedangkan bas pasukan lain gah dengan lambang Real Madrid, Garuda dan macam-macam.”

“Apa-apa pun bas Hello Kitty dari awal lagi sebenarnya petanda tuah untuk Malaysia, jadi bahan jenaka tapi bas ni la yang angkut Juara pergi sana sini. Hello Kitty berjiwa Harimau Malaya mungkin,” titip Fina Nasrom lagi.

Apa yang kem Vietnam dan Indonesia ‘bising’? Mereka kritik kaedah pengurusan makanan yang mana hanya makan berbungkus diedarkan dan tiada lagi hidangan buffet disediakan. Bagi mereka, ia satu perang saraf yang dilakukan oleh FAS terhadap mereka. Mereka juga tidak boleh menambah nasi dan lauk yang diberikan.

Malah kem Vietnam menerusi ketua jurulatihnya, Park Hang-seo mengkritik, sudah tiga hari mereka dijamu ayam sedangkan para pemainnya gemar makan babi. Katanya ketika sidang media di Singapura, “Misalnya Vietnam, yang suka makan daging babi. Tetapi sejak tiga hari ini semua harus [terpaksa] makan daging ayam.”

Ia berbeza dengan kenyataan oleh Pegawai Perubatan yang bertugas di kem Vietnam, Dr. Choi Ju Young yang dipetik berkata bahawa makanan yang disediakan penganjur adalah menu sihat dan cukup nutrisi berbanding memakan dengan kadar berlebihan serta tidak sesuai dengan diet pemakanan seorang pemain bola sepak.

Menurut FAS, ini adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) di Singapura di saat berdepan pandemik COVID-19.

Dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020, Vietnam dan Indonesia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Malaysia, Laos dan Kemboja. Sepak mula aksi Kumpulan B adalah pada 6 Disember (Isnin) dengan Malaysia akan membuka tirai kejohanan berdepan Kemboja, sementara Vietnam pula bakal berdepan cabaran Laos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN