Kem Terengganu Ceria, Rahadiazli Rahalim Kembali Jalani Latihan

Rahadiazli Rahalim

Jika sebelum ini desas desus mengatakan bahawa skuad Sang Penyu bakal terlepas khidmat penjaga utama mereka, Rahadiazli Rahalim akibat kecederaan serius ketika menentang Melaka United, kini mereka boleh menarik nafas lega.

Hal ini kerana, pemain muda tersebut telah kembali menjalani latihan selepas tempoh hari terpaksa dikejarkan ke hospital.

Mungkin kecederaan yang beliau alami masih belum pulih sepenuhnya namun sekurang-kurangnya ia memberi sinar harapan untuk ketua jurulatih, Nafuzi Zain merencana strategi menjelang perlawanan akhir nanti.

Ketika penjaga berusia 21 tahun itu dibawa ke hospital, jelas kelihatan permainan Terengganu makin laju dengan serangan demi serangan dalam misi mencari jaringan.

Ianya seolah-olah para pemain Terengganu mahu ‘lepas geram’ kepada Melaka selepas mencederakan pemain utama mereka.

Hasilanya, mereka berjaya mendapatkan kemenangan besar 5-0 dengan Tchetche Kipre memperoleh hatrik.

Nadi utama pasukan

Situasi ini membuktikan yang Rahadi sangat penting dalam pasukan dan sudah pasti kehadiran penjaga utama mereka ini akan menaikkan lagi motivasi para pemain bagi melakukan persiapan terakhir.

Ia juga akan mendorong seluruh skuad untuk memberikan yang terbaik pada perlawanan akhir Sabtu ini.

Ini merupakan perlawanan akhir pertama Rahadiazli dan sudah pasti beliau tidak mahu terlepas untuk turun beraksi bersama-sama rakan lain memburu kejuaraan sulung dalam kariernya.

Apatah lagi beliau adalah watak penting dalam perlawanan separuh akhir dengan menyelamatkan sepakan penalti ketika menang ke atas Selangor.

Penjaga gol muda itu hampir terlepas perlawanan akhir namun pasukan perubatan telah memaklumkan kecederaan yang beliau alami tidaklah begitu serius dan ini membuatkan semangat juang Rahadi kian membara.

Berbaki tiga hari lagi sebelum sepak mula perlawanan akhir itu, Rahadi yakin dapat pulih sepenuhnya dan beliau juga begitu bersemangat untuk membantu Terengganu membawa pulang Piala FA ke negeri itu selepas kali terakhir dibawa pulang pada 2011.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN