Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan Dibatalkan Susulan Pengumuman PKP

Skuad Kebangsaan

Perancangan skuad kebangsaan untuk menjalankan latihan pusat pada bulan ini menjelang aksi pusingan kedua Kalayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan pada Mac depan sekali lagi terganggu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa akur dengan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP) di enam negeri selama 14 hari bermula 13 Januari.

Antara negeri yang terlibat dengan PKP adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Dalam temubual bersama Bernama, Presiden FAM, Datu Hamidin Mohd Amin menjelaskan sekalipun terdapat pilihan untuk mengadakan latihan di negeri yang tidak terlibat dengan PKP seperti Perlis dan Sarawak, namun ianya dilihat agak sukar dari sudut teknikal.

“Kita prihatin dan perlu akur dengan apa diputuskan kerajaan kerana kesihatan adalah mustahak. Bagi pihak seketariat akan menyediakan beberapa pilihan jika perkara ini berlanjutan,” ujar Hamidin yang ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya.

“Kita juga berbincang mengenai cadangan memindahkan kem latihan pusat tetapi kesusahannya banyak. Untuk menggerakkan keseluruhan pasukan, dengan mengendalikan sesi latihan dan SOP memang agak ketat dan bukan senang kita ingin masuk Sarawak, ada SOP tertentu,”

Kini sudah lebih setahun skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe itu tidak menjalani latihan pasukan di mana kali terakhir adalah pada November 2019.

Untuk baki tiga perlawanan, skuad Harimau Malaya dijadualkan berkunjung ke Dubai untuk bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 25 Mac ini sebelum berdepan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Mac.

Dalam pada itu, Hamidin yang juga Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut menerangkan mengenai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim baharu tahun ini yang sepatutnya bermula pada pertengahan bulan ini.

Menurutnya FAM dan MFL perlu bersedia dengan beberapa pilihan bagi memastikan Liga-M dapat berlangsung mengikut kaedah yang akan difikirkan pihaknya.

Beliau juga telah mengarahkan agar aktiviti bola sepak profesional di seluruh negara akan ditangguh selama dua minggu sehingga 26 Januari termasuklah kawasan yang dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Kita mengikut apa prosedur yang ditetapkan kerajaan, kita pun tiada pertandingan (setakat ini) hanya  latihan. Tetapi mereka (pasukan) perlu patuh untuk tidak mengadakan latihan di seluruh negara.”

Kredit Foto: FAM

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN